Kajian : Definisi Kapitalis

6:16 PM RuzendStudio 0 Comments

Apakah Sistem Kapitalis?

Oleh Muhammad Salleh (September 2002).

Kita kini sedang menghayati sebuah dunia di mana kekayaan sedang diciptakan pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh generasi-generasi dahulu. Kejayaan-kejayaan teknologi, seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet, sedang berkembang dengan pesat. Semua ini, kita diberitahu, adalah hasil daripada kejayaan sistem kapitalis. Menurut penyokong-penyokong sistem kapitalis di merata dunia, sistem inilah yang telah membolehkan umat manusia mencapai tahap kemajuan yang tinggi, lantas menjadikan sistem kapitalis sebuah sistem sempurna, yang tidak lagi dapat diubahkan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa buat kali pertama dalam sejarah dunia, kita mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memuaskan keperluan-keperluan setiap insan di dunia. Namun, apa yang tidak dikatakan oleh penyokong-penyokong kapitalisme itu adalah bahawa berjuta-juta orang masih mengalami kebuluran, berjuta-juta orang masih mengalami penyakit yang mudah dicegah, kehidupan berjuta-juta orang masih dikecewakan oleh kemiskinan. Masyarakat kita, iaitu masyarakat kapitalis, dikuasai oleh ketidak-samarataan dan ketidak-adilan, sambil kehidupan kita semua diancam oleh krisis ekonomi dan konflik bersenjata. Pada masa apabila sistem kapitalisme masih muda, Karl Marx sudah melihat percanggahan-percanggahan ini dengan jelas, lalu menulis:

Dalam satu tangan, kuasa-kuasa perindustrian dan saintifik telah memasuki kehidupan, yang mana-mana zaman sejarah manusia lalu tidak pernah mengharapkan. Dalam tangan sebelah wujudnya ciri-ciri kereputan, yang jauh melintasi kengerian Empayar Rom. Pada hari-hari ini, semuamya seolah-olah hamil dengan percanggahannya. Jentera, dihadiahkan dengan kuasa memendekkan dan meringankan usaha manusia, kita melihat melaparkan dan membebankan manusia. Sumber-sumber kekayaan luas, oleh sesuatu keajaiban luarbiasa, diubahkan menjadi punca-punca keperluan.
Di sebalik perbincangan-perbincangan seperti ini, terdapat satu persoalan asas, iaitu apakah sebenarnya sistem kapitalis? Apakah ciri-ciri asas sistem tersebut, dan apakah kesan daripada ciri-ciri tersebut? Pada pandangan pertama, jawapan kepada soalan-soalan seperti ini mungkin dikatakan ringkas. Bukankah sistem kapitalis sebuah sistem di mana beberapa individu yang kaya memiliki kilang-kilang, pejabat-pejabat dan perusahaan-perusahaan yang lain? Bukankah pihak kapitalis menyokong pasaran bebas, tanpa apa-apa perancangan terpusat? Namun, dewasa kini, persoalan-persoalan tersebut tidak dapat ditangani dengan begitu mudah. Misalnya, kebanyakan perusahaan gergasi kini tidak lagi dimiliki oleh seorang individu, tetapi mungkin digerakkan oleh pejabat perusahaan atau kerajaan negara. Walau apapun perbezaan-perbezaan ini, yang jelas adalah bahawa para pekerja dan golongan bawahan terus dieksploitasi dan ditindas di bawah sistem kapitalis ini.
Maka, erti kapitalisme perlulah dikaji dengam menyeluruh dan disesuaikan dengan perkembangan ekonomi mutakhir. Dari segi ini, kajian Karl Marx terhadap sistem kapitalis sangatlah penting, kerana, dalam kata-kata Georg Lukacs, teori Marx teori Marx, “meleburkan wajah pertubuhan-pertubuhan sosial yang kaku, tidak bersejarah dan semulajadi; ia mendedahkan punca-punca bersejarah mereka dan maka menunjukkan bahawa ianya tertakluk kepada sejarah dari setiap segi termasuk kemunduran bersejarah.” Marx telah menunjukkan bahawa tindakan manusia pada masa yang lalu telah menciptakan dunia moden, bahkan juga bahawa tindakan manusia dapat membentukkan masa depan yang bebas dari percanggahan-percanggahan kapitalisme.
Berhadapan dengan pendekatan ini, kita perlulah terlebih dahulu mengkaji sejarah sistem kapitalis untuk mengenalpasti ciri-cirinya. Sebelum bangkitnya sistem kapitalis, iaitu semasa wujudnya sistem feudal, manusia belum lagi memajukan cara-cara untuk menguasai dunia semulajadi, atau untuk menghasilkan barangan yang mencukupi bagi setiap insan. Marx telah menulis bahawa kesemua hubungan-hubungan sosial dalam sistem feudal “diikat kepada tahap perkembangan kuasa-kuasa produktif dan tenaga pekerja yang rendah serta hubungan-hubungan terhad di antara manusia dan proses menciptakan dan menghasilkan semula kehidupan materialis mereka, dan maka juga hubungan-hubungan terhad di antara manusia dan alam.”
Dalam sistem feudal, tanah merupakan sumber pengeluaran. Inilah yang dimaksudkan oleh Marx apabila dia menulis bahawa “Dalam permilikan tanah feudal, kita sudah menjumpai penguasaan tanah sebagai kuasa sesuatu yang asing ke atas manusia. Hamba serf adalah sampingan kepada tanah. Serupa dengan itu, pewaris melalui sistem pewarisan feudal, iaitu anak lelaki sulong, dimiliki oleh tanah. Ia mewarisi dia.” Dalam satu tangan, tahap kuasa-kuasa produktif yang rendah bermakna usaha berterusan bagi golongan petani, sambil dalam tangan sebelah, tuan-tuan feudal dan pegawai-pegawai gereja mengambil apa yang mereka menghendaki dari petani dengan kekuasaan.
Hubungan-hubungan sosial dalam masyarakat feudal merupakan hubungan-hubungan penguasaan dan penaklukan, tetapi ia sudah jelasnya merupakan hubungan-hubungan sosial di antara individu-individu. Dari segi ini, batasan-batasan feudalisme sangatlah berbeza daripada dinamik kapitalisme. Pihak borjuasi muda menginginkan sebuah masyarakat di mana segalanya dapat dijual-beli dengan duit. Sebuah masyarakat seperti itu sudah pasti bergantung kepada pembatasan-pembatasan tanah bersama dengan kejam. Ini bermakna bahawa, buat kali pertama dalam sejarah manusia, majoriti masyarakat dinafikan jalan secara langsung kepada pengeluaran dan cara-cara menciptakan kekayaan. Maka, pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah, sebuah kelas pekerja yang tidak memiliki tanah telah ditaklukkan kepada bentuk pengeksploitasian yang baru, iaitu pekerjaan bergaji.

Pendek kata, kapitalisme melibatkan perubahan asas dalam hubungan-hubungan di antara manusia, peralatan-peralatan pengeluaran dan bahan-bahan pengeluaran.” Oleh kerana perubahan-perubahan asas ini, setiap aspek kehidupan manusia telah diubah. Namun, perubahan-perubahan ini hanya dapat dilaksanakan melalui apa yang Peter Linebaugh telah menamakan ‘serangan-serangan perundangan’ pada hujung abad ke-18 untuk memperdayakan kelas pekerja bahawa apa yang mereka menghasilkan sebenarnya dimiliki oleh pihak kapitalis yang memiliki kilang-kilang. Menjelang abad ke-19, pekerjaan bergaji telah menggantikan kesemua bentuk pembayaran yang lain di Eropah.

Kajian Marx terhadap sistem kapitalis muda pada abad ke-19 menunjukkan bagaimana tenaga pekerja telah menjadi sebuah komoditi, yang dapat dijual-beli pada pasaran. Pihak kapitalis dan para pekerja mungkin bebas dari satu sama lain dari mana-mana segi rasmi, tetapi dalam realiti mereka berkait rapat. Pengeluaran barangan tidak lagi berlaku di rumah atau bengkel-bengkel kecil (seperti dalam sistem feudal), tetapi kini berlaku di kilang-kilang baru di mana mekanisasi tenaga pekerja telah mengubah hubungan-hubungan manusia. Dalam karyanya yang terpenting, iaitu Kapital, Marx membandingkan usaha tukang-tukang kraf di bawah sistem feudal dengan pekerja kilang di bawah sistem kapitalis:

Dalam kraftangan dan pengeluaran, para pekerja menggunakan peralatan; di kilang, jentera menggunakan pekerja. Di sana, gerak-geri peralatan tenaga pekerja bergerak baginya, di sini ia adalah gerak-geri jentera yang mesti mengikutinya. Dalam pengeluaran, para pekerja adalah sebahagian daripada mekanisme hidup. Dalam kilang, kita mempunyai mekanisme tanpa kehidupan yang asing daripada pekerja, yang hanya menjadi sampingan hidup.

Salah satu ciri kapitalisme yang paling membinasakan merupakan pembahagian tenaga pekerja. Sebelum kapitalisme, memang terdapatnya pembahagian tenaga pekerja secara sosial, dengan orang-orang berbeza telibat dalam cabang-cabang pengeluaran atau kraf yang berbeza. Dengan kapitalisme telah bangkitnya pembahagian tenaga pekerja secara terperinci dalam setiap cabang pengeluaran. Pembahagian tenaga pekerja ini bermakna bahawa pekerja terpaksa menjadi khusus dalam tugas-tugas tertentu. Maka, tidak menghairankanlah bahawa John Ruskin pernah menulis bahawa pembahagian tenaga pekerja adalah ungkapan palsu kerana ia adalah manusia yang dibahagikan.

Dalam sistem kapitalis, para pekerja semakin bergantung kepada pihak kapitalis yang memiliki cara-cara pengeluaran seperti kilang-kilang dan pejabat-pejebat. Ia menjadi semakin mustahil bagi pekerja untuk hidup secara bebas daripada kapitalisme – jika dia bekerja, dia menjadi ibarat sebuah jentera; jika dia tidak bekerja, dia akan hidup dalam kemiskinan. Marx menulis mengenai para pekerja: “Kewujudan kapital adalah kewujudannya, kehidupannya, kerana ia menentukan kandungan kehidupannya dalam cara yang tidak mempedulikannya.” Pendek kata, para pekerja tidak mempunyai pilihan – bersedia bekerja atau bersedia mengalami kemiskinan. Maka, di bawah kapitalisme, tenaga pekerja menjadi tenaga pekerja yang dipaksa kerana para pekerja tidak dapat memilih untuk tidak bekerja, para pekerja tidak memiliki apa yang diciptakan oleh mereka dan para pekerja tidak dapat memilih apa yang patut diciptakan. Marx menulis:

… pekerja hanya merasai dirinya apabila tidak bekerja; apabila dia bekerja, dia tidak merasai dirinya. Dia berasa selesa apabila tidak bekerja, dan bukannya di rumah apabila dia bekerja. Maka usahanya bukan secara sukarela tetapi dipaksa, ia adalah tenaga pekerja dipaksa. Maka, ia bukan kepuasaan sesuatu keperluan, tetapi hanya cara untuk memuaskan keperluan tersebut secara asing daripadanya. Sifat asingnya ditunjukkan dengan jelas oleh fakta bahawa sesudah apa-apa fizikal atau pemaksaan lain wujud, ia dipulaukan seperti wabak penyakit.

Di sini, kita dapat merumuskan perbincangan di atas dengan kata-kata berikut. Marx sebenarnya tidak menganggap permilikan alat-alat atau cara-cara pengeluaran oleh individu sebagai masalah utama kapitalisme. Dalam kajiannya ke atas sistem tersebut, yang menjadi jelas adalah bahawa dia menolak situasi di mana cara-cara pengeluaran dikuasai oleh sebuah minoriti (iaitu kelas kapitalis atau borjuasi), dengan tujuan mengeksploitasi majoriti (iaitu kelas pekerja). Pengeksploitasian ini dapat mengambil pelbagai bentuk dalam hubungan-hubungan sosial di antara manusia. Seperti yang telah dikatakan di atas, para pekerja tidak memiliki cara-cara pengeluaran, dan terpaksa menjual satu-satunya komoditi yang dimiliki mereka, iaitu tenaga pekerja mereka. Inilah satu sebab mengapa kemungkinan untuk merancangkan jalan-jalan ekonomi demi kepentingan masyarakat umum tidak dapat bangkit dalam keadaan seperti ini.

Tambahan pula, setiap kapitalis didoring untuk bersaing demi memajukan perusahaannya sambil mengorbankan orang yang lain. Marx telah melaungkan: “Akumulasi! Akumulasi! Itulah nabi-nabi baginya.” Ini bermakna bahawa kapitalis yang kuat memakan kapitalis yang lemah, dan bahawa sistem kapitalis akan merosot dengan dramatik apabila mengalami krisis ekonomi.

Sejak abad ke-19, sistem kapitalis ini telah menyebar ke setiap penjuru dunia, dan mungkin tidak terdapatnya negara yang bebas daripada cengkamannya. Inilah sebab utama mengapa kajian Marx sangatlah relevan dan penting pada hari ini. Cara-cara pengeluaran masih dikuasai oleh golongan minoriti, biarpun di sebuah negara membangun seperti Malaysia atau sebuah negara maju seperti Amerika Syarikat. Walaupun bentuk persaingan kapitalis mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, hasilnya sentiasa sama: “Akumulasi! Akumulasi! Itulah nabi-nabi baginya.” Dan para pekerjalah yang menjadi mangsa.

Maka, apa yang dapat dilakukan? Kajian Marx juga telah mengenalpasti kelas pekerja sebagai unsur yang dapat menumbangkan sistem kapitalis dan mengubah masyarakat. Walaupun pihak borjuasi atau kelas pemerintah dapat menggunakan penguasaan mereka ke etas ekonomi untuk menguasai kanca politik melalui kerajaan, tentera dan polis, kejayaan sistem mereka juga mewujudkan sebuah kelas yang mempunyai kuasa untuk membebaskan seluruh umat manusia – iaitu kelas pekerja. Kelas pekerja ini tidak mengenali warna kulit, jantina, orientasi seksual, mahupun sempadan negara. Hanya kelas pekerja sendiri yang dapat membina sebuah masyarakat tanpa keperluan dan tanpa diktator kerana kelas pekerja sememangnya berbeza daripada kelas-kelas yang lain. Kini terdapatnya beratus-ratus juta pekerja dan jumlah mereka semakin meningkat setiap hari. Kerana kapitalisme merupakan sistem antarabangsa, ia terus mengembang dan mengerjakan mereka yang suatu hari nanti akan memusnahkan sistem kapitalis itu.

Kemampuan unik kelas pekerja untuk mengubah dunia berpunca dari kedudukan kelas tersebut dalam sistem kapitalisme. Secara asasnya, kapitalisme menarik penduduk dari desa dan menghimpunkan mereka di tempat-tempat bekerja yang besar. Maka, para pekerja mendapati bahawa mereka telah menjadi sebahagian daripada unit yang melibatkan beratus-ratus atau beribu-ribu orang. Untuk mencapai pembaikan dalam keadaan mereka, para pekerja perlulah bertindak secara kolektif, dengan melibatkan rakan-rakan sekerja mereka. Untuk mengubah dunia, kelas pekerja perlulah bersatu di bawah panji-panji demokratik lagi sosialis.

0 comments:

Kajian Terhadap Multi Level Marketing (MLM)

5:58 PM RuzendStudio 0 Comments


Pemasaran pelbagai peringkat (MLM) adalah satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan pampasan bukan hanya untuk menjana jualan mereka sendiri, tetapi juga untuk jualan orang lain yang direkrut mereka dan  mewujudkan downline pengedar dan hierarki pelbagai peringkat sebagai pampasan. Syarat-syarat lain untuk MLM termasuk pemasaran rangkaian, jualan piramid, dan rujukan pemasaran.
Lazimnya, jurujual adalah dijangka untuk menjual produk secara langsung kepada pengguna dengan cara rujukan hubungan dan perkataan pemasaran melalui mulut ke mulut. Sesetengah orang menyamakan MLM dengan jualan langsung, walaupun MLM hanya satu jenis jualan langsung.
Syarikat-syarikat MLM telah kerap kali dikritik dan sebagai sasaran tindakan undang-undang. Kritikan telah memberi tumpuan kepada persamaan kepada skim piramid haram, harga-penetapan produk, tinggi kos awal memulakan, penekanan pada pengambilan yang lebih rendah-berperingkat jurujual ke atas jualan sebenar, menggalakkan jualan yang tidak memerlukan jurujual untuk membeli dan menggunakan produk syarikat, potensi mereka eksploitasi hubungan peribadi yang digunakan sebagai jualan baru dan sasaran merekrut, skim pampasan yang kompleks dan kadang-kadang dibesar-besarkan, dan teknik pemujaan seperti mana beberapa kumpulan gunakan untuk meningkatkan semangat ahli-ahli mereka dan ketaatan.

Berbeza dengan MLM pemasaran satu peringkat. Dalam pemasaran satu peringkat, jurujual diberi ganjaran untuk menjual produk secara langsung kepada pengguna.

Merujuk kepada sejarah terdahulu, MLM telah diterima secara umum melalui pelan pemasaran MLM peringkat pertama yang diperkenalkan pada 1945 oleh Syarikat Vitamin California (sekarang dikenali Nutrilite). Pelan tersebut membenarkan pengedar Nutrilite memiliki sekurang-kurangnya 25 pelanggan tetap untuk merekrut pengedar baru dan mendapat komisen sebanyak 3 peratus daripada jualan mereka. Tidak seperti jualan langsung tradisional, ini adalah pembayaran yang berterusan apabila pelanggan disusun semula, membenarkan penjual langsung untuk membina sebuah organisasi jualan yang boleh menjana pendapatan seperti sisa.
MLM ini adalah satu imej buruk atau realiti yang buruk? “Biar saya memberitahu anda tentang peluang perniagaan yang luar biasa dari akar umbi," dan anda dijemput ke rumah atau makan tengah hari untuk "perbincangan seterusnya." Cukup kelakar, mungkin kita akan berasa ragu-ragu bahawa terdapat beberapa agenda tersembunyi atau penipuan dalam skim pelaburan ini. "Mungkin satu organisasi pemasaran pelbagai peringkat (MLM)," cuba kita fikir. Sekiranya kita percaya naluri anda, dakah terdapat apa-apa salah dengan MLM ini.

Artikel ini akan menganalisis empat bidang yang menghadapi masalah dengan MLM. Khususnya, ia akan memberi tumpuan kepada masalah Pasaran Ketepuan, Struktur Piramid, Moral dan Etika, dan Isu-isu Hubungan yang berkaitan dengan MLM. Oleh itu, dengan analisis yang dikaji dapat menilai "naluri” kita dengan benar.

Masalah yang pertama adalah masalah yang lazim iaitu ketepuan pasaran. Berbalik kepada yang asalnya.
Satu pengenalan dan penerangan pada ketepuan pasaran adalah perlu dalam kebanyakan perbincangan perniagaan, tetapi malangnya dengan MLM, adalah tidak. Logik fikiran mereka seolah-olah MLM adalah satu industri yang berdaya maju dalam kebergantungan, walaupun secara teorinya, sebagai cara yang menguntungkan adalah sama untuk semua pihak yang terlibat. Penggantungan ini dicipta oleh jangkaan “wang mudah” yang kian meningkat, dan selebihnya adalah kemudian.

Baru, Inovatif?
MLM tidak lagi boleh mendakwa diri mereka sebagai baru dan oleh itu, mereka dikecualikan daripada prinsip-prinsip pemasaran yang biasa untuk menjual barangan dan perkhidmatan. Mereka telah cuba dan sebahagian besar telah gagal. Ada yang gagal dengan teruk walaupun menawarkan produk-produk yang bagus dan bermutu.

Inovasi pemasaran, bukan jarang berlaku dalam dunia moden seperti yang terbukti dengan kejayaan Wal-Mart, yang menemui cara yang lebih cekap dan menguntungkan untuk mengedar barang-barang dan perkhidmatan daripada status quo, juga memberikan nilai yang berpanjangan kepada pemegang saham, pekerja, pengedar, dan pengguna . Tetapi ini bukan kes dengan mana-mana MLM yang berkait dengan tarikh dan selepas 25 tahun gagal, sudah tiba masanya untuk menunjukkan sebab-sebab mengapa.

Jangan Sesetengah Orang Buat Duit di MLM?
Pertama, kita akan menganalisis "mekanisme memandu" MLM. Dengan jelasnya akan diceritakan bagaimana mereka dengan asasnya tidak stabil, yang dijamin oleh reka bentuk pasaran dengan tiada siapa perasan. Kita akan melihat mengapa MLM tidak boleh disamakan dengan cara keuntungan syarikat-syarikat dalam dunia sebenar, supaya hasilnya akan menjadi sebuah organisasi secara keseluruhannya gagal, walaupun dalam teori, menguntungkan. Apabila takdir yang tidak dapat dielakkan ini berlaku, wang hanya akan dibuat bukan dari produk atau perkhidmatan tetapi dari kerugian orang yang lebih rendah ke bawah dalam organisasi.

Oleh itu, organisasi MLM menjadi eksploitasi, dan banyak penganjur MLM peringkat tinggi telah ditutup, "eksekutif" dipenjarakan, dengan menjual penipuan kejayaan yang mustahil kepada orang ramai. Lain, MLM yang lebih besar telah terselamat dengan membayar pampasan besar kepada  peguam untuk menghindari pendakwa raya persekutuan, walaupun bercakap besar tentang rizab dana mereka dalam rizab bagi tujuan ini.
"Pengedar" malang yang di bahagian bawah adalah “loser” (kalah,gagal), dan ini sekaligus menjadi kenyataan di luar sana dalam semua pita video dan semangat motivasi-ceramah, orang-orang yang baik bermula untuk mendapatkan rasa yang buruk dalam mulut mereka tentang keadaan menyeluruh.
Jadi,  bagaimana cara wang boleh dibuat dengan MLM. Soalnya ialah sama ada wang yang dibuat adalah sah atau "dibuat" melalui skim con yang canggih. Dan jika MLM adalah "takdir daripada perekabentuk" yang gagal, maka jawapannya adalah malang sekali.
Tetapi bagaimana jika dengan tepat berlaku, mestikah ia kerap berlaku?
Mesin manusia. Chernobyl mempunyai sistem kawalan yang gagal. MLMs tidak mempunyai mekanisme kawalan langsung. Di mana "suis" yang boleh ditekan dalam MLM apabila orang yang cukup jualan diupah? Dalam syarikat yang biasa pengurus berkata, "Kita sudah cukup, cukuplah setakat ini mencari orang." Tetapi dalam MLM, tidak ada cara ini. MLM adalah satu mesin "melahirkan" manusia tanpa "butang tutup." Di luar kawalan oleh pereka, gear akan mengisar wang, masa, kredibiliti, dan tenaga keusahawanan bermaksud orang-orang yang berpotensi  menyertai mereka adalah semata-mata untuk menambah pendapatan mereka. Secara ringkasnya tiada jalan yang mudah untuk mengelakkan dari kegagalan mekanisme dalaman MLM ini. Oleh itu, satu-satunya "sistem kawalan" akan menjadi kerugian yang tidak dapat dielakkan dan imej buruk yang berikutnya terhadap syarikat MLM selepas ia melakukan apa yang telah direka oleh mereka: gagal.


            Seterusnya adalah Struktur Piramid iaitu Suatu Masalah Organisasi MLM.
Bukan Pyramid. Bagi kebanyakan MLMs, produk adalah benar-benar lencongan semata-mata dari sebenar yang membuat keuntungan dinamik. Untuk sesiapa yang biasa dengan MLM, perbincangan sebelumnya (yang tertumpu sangat pada hakikat bahawa MLM "ditakdirkan oleh perekabentuk" untuk mencapai ketepuan pasaran dan dengan itu meletakkan orang-orang yang sah cuba untuk menjual produk ke dalam situasi yang sukar) boleh dilihat ia mentimpang dari sasaran. Produk atau perkhidmatan yang boleh dan baik, dan ia mungkin ‘oversaturate’ pada satu masa nanti, tetapi perlu diambil serius. Produk adalah tidak insentif untuk menyertai MLM. Jika tidak, mereka mungkin menunjukkan minat dalam menjual produk ini atau perkhidmatan tertentu sebelum dalam dunia sebenar. Produk adalah alasan untuk cubaan mengesahkan mesin membuat wang dengan cepat. Ia adalah "perlindungan" semata-mata. Intuitif, kita semua tahu apa yang sebenarnya berlaku dengan MLM. Hanya tidak menggunakan perkataan "piramid".

"Anda lihat, jika anda boleh meyakinkan sepuluh orang yang semua orang memerlukan produk atau perkhidmatan ini, walaupun mereka tidak membeli produk yang sama yang terdapat di pasaran, dan mereka boleh meyakinkan sepuluh orang, dan sebagainya, bagaimana anda membuat wang sebenar Dan selagi anda menjual kepada beberapa orang di sepanjang perjalanan, semuanya sah. " Mungkin ... Tetapi cara untuk membuat wang dalam semua ini adalah jelas tidak dengan hanya menjual produk, sebaliknya anda mungkin telah menunjukkan minat di dalamnya sebelum ini, melalui peluang pasaran konvensional. Tidak, "cangkuk" menjual lain-lain kepada penjualan  lain-lain dalam "mimpi."
Matematik dan Common Sense. MLM berfungsi daripada pengembangan geometri, di mana anda mendapatkan sepuluh orang untuk ditaja sepuluh untuk ditaja dan sebagainya. Ini biasanya ditunjukkan sebagai matriks yang berkembang (tidak berkata "piramid") Dengan “kickbacks” yang sama di pelbagai peringkat.

Masalah di sini adalah salah satu daripada logik akal fikiran. Pada tiga tahap yang semata-mata yang mendalam ini akan menjadi 1,000 orang.
Ia pergi pula kepada kawasan kejiranan. Pada peringkat enam, yang sepatutnya akan membuatkan 1,000,000 orang yang mempercayainya dan boleh membuat wang jualan. Tetapi kepada siapa? Pergi pula ke bandaran dan MLM hanya mendapat keuntungan yang berterusan. Fikirkan semua agenda mesyuarat. Fikirkan semua "mimpi" yang telah terjual. Fikirkan harapan palsu yang dihasilkan. Fikirkan wang yang hilang.
Semasa ia ke kemuncak, "sesiapa sahaja boleh membuat ia berfungsi. "Ia adalah peluang seumur hidup." "Lihat sahaja matematik" Tetapi menyebut ketepuan yang tidak dapat dielakkan dan ini akan menyebabkan kerugian untuk semua orang, dan kemudian akan terdengar, "Sudah tentu ia tidak pernah benar-benar bekerja seperti itu." "Kebanyakan akan gagal."
Penyelesaian baru, iaitu MLM yang terbantut.
Beberapa jelmaan moden tertentu daripada MLM cuba untuk menangani masalah ini dengan mengehadkan bilangan orang yang anda boleh menaja, katakan kepada empat. Tetapi perkembangan yang sama masalah geometri wujud mekanisme kegagalan baru perlahan sedikit. Dan kini timbul masalah yang ditambah lapisan yang lebih yang tidak perlu dalam organisasi.
Dakwaan bahawa MLM adalah semata-mata pelaksanaan "manusia biasa" normal saluran pengagihan sebenar dunia menjadi lebih tidak masuk akal dalam kes ini. Bayangkan membeli produk atau perkhidmatan dalam dunia sebenar dan perlu membayar lebihan dan royalti kepada lima atau sepuluh ahli yang tidak diperlukan dan tidak terbabit dalam lapisan "pengedar". Ini akan berkesan? Apakah nilai yang "pengedar" lapisan ini menyediakan kepada pengguna? Adakah ini rasional? Adakah syarikat wujud lama dalam persekitaran yang berdaya saing? Semuanya adalah tidak berpatutan.
           
Yang seterusnya pula adalah Prinsip moral dan Etika yang merupakan satu masalah ketamakan. Walaupun isu-isu moral dan etika agak mengelirukan untuk dibincangkan, materialisme dan perasaan tamak secara universal dikutuk oleh setiap agama utama, dan juga oleh kebanyakan yang tidak beragama. Ini tidak bermakna orang ramai tidak materialistik atau tamak; sebenarnya, panggilan biasa bahawa etika untuk tidak sebegitu dengan bukti yang kukuh.
Bagi kebanyakan orang, ini bermakna jika kita akan menjadi materialistik atau tamak, kita lebih suka tidak jelas mengenainya. Oleh itu, Madison Avenue mempunyai cara yang halus, yang sangat digilap merayu kepada tabiat buruk ini tanpa perlu berat tangan. Kami tidak kisah sangat ... selagi ia adalah "bertudung." Kepura-puraan ini, manakala sedih, status quo. Jadi, Madison Avenue adalah cuba untuk menjadi yang lebih halus dalam terdapat tidak memanipulasi tidak bermoral kami "serong" ke arah ketamakan dan kebendaan.
            Hiperbola adalah tidak terhad semata-mata untuk tuntutan produk, bagaimanapun. Apabila pengamal MLM beralih kepada pesaing, mereka boleh menjadi sebegitu kotor sesungguhnya. Antara khabar angin yang paling aneh dalam sejarah moden dapat dikesan kepada MLM. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, contohnya, khabar angin antarabangsa bahawa presiden perbadanan utama dunia sebenar adalah Satanist, dan logo syarikat yang terkandung simbol-simbol ghaib, ternyata mempunyai motif komersial dan dikesan untuk pengedar Amway yang tertentu. Ini telah berjaya didakwa pada tahun 1991, tetapi khabar angin berterusan. Dan berapa banyak MLM lain yang mengalami "jualan kemuncak" yang negatif fabrikasi atau pembohongan secara terang-terangan. Tidak semua jualan negatif menuntut terlibat dengan skandal atau meluas contoh seperti sebelumnya, tetapi budaya MLM menghasilkan banyak perkara ini dan ia akan menjadi sukar untuk mendakwa.
Sekali lagi, apa lagi yang boleh diharapkan daripada jurujual yang tidak berpengalaman yang dibuang ke dalam pasaran jualan komisen penuh oversaturated dan tidak akauntabiliti. Jualan negatif bukanlah unik untuk MLM, tetapi MLM mempunyai warisan memupuk budaya hal mudah percaya, pelik "gosip sebagai fakta." Bercakap bohong tentang orang-orang atau kumpulan adalah fitnah. Sistemik dan niat jahat fitnah adalah menyalahi undang-undang di negara-negara yang paling bertamadun. Fitnah adalah dosa yang disenaraikan selepas pembunuhan dan zina dalam Kitab Al Quran dan juga teks-teks Bible. Tetapi bagaimana anda akan tahu apabila anda menjadi pemfitnah dengan mengulangi apa yang anda dengar dalam mesyuarat atau perjumpaan MLM.


            Yang terakhir adalah Isu-isu hubungan (Suatu Masalah pengalaman)
MLM tumbuh dengan mengeksploitasi hubungan orang. Jika anda akan berada di dalam MLM, anda menelan keras dan menerima ini sebagai sebahagian daripada "membina perniagaan anda." Ini adalah "rangkaian." Tetapi kepada mereka yang tidak terlibat "dalam" MLM, ia kelihatan seolah-olah persahabatan semata-mata alasan bagi phoniness, keramahan disyaki sebagai mencari keuntungan, dan sebagainya. Tidak ada jalan tengah di sini, cuba sedaya mungkin.
Walaupun ini merupakan permualaan yang paling sukar untuk dibuat, mungkin yang paling penting. Sesiapa yang mempunyai apa-apa pengalaman dengan MLM mempunyai perasaan yang kuat, sama ada menentang atau menyokong, dan ini merupakan satu masalah. Polarisasi berjalan secara terus dengan mendalam.
Jualan tekanan tinggi – dikhaskan kepada Piramid sahaja.
Apabila ia datang untuk menjual produk, wakil-wakil jualan MLM mungkin tidak lebih agresif atau menjijikkan daripada jurujual biasa. Oleh kerana kebanyakannya bukanlah jurujual pada dasarnya, dan ia adalah ciri-ciri MLM yang dapat menarik beberapa orang yang mempunyai pengalaman untuk menjual produk ini atau perkhidmatan tertentu, mereka biasanya menjual melalui pra-fab "pihak" atau rumah "demo." Oleh itu, tekanan jualan yang dikenakan oleh keadaan. Harus diperhatikan bahawa apabila menjual produk, perbezaan hanya dari perniagaan dunia sebenar adalah kemungkinan besar dalam penipuan kerana "kelonggaran" MLM dan insentif untuk menokok tambah tuntutan mana-mana tanpa akauntabiliti atau tanggungan. Selain daripada itu, jualan produk MLM agak serupa dengan menjual mana-mana produk dalam dunia sebenar.
Tetapi apabila ia datang kepada anda untuk "mendaftar" sebagai "pengedar," penggiat MLM mendapat gangguan dan mengelirukan di luar batas-batas norma sosial yang sopan.
Ingat, MLM ditakrifkan oleh orang-orang yang memberi ganjaran untuk merekrut orang lain dalam pelbagai peringkat.

0 comments:

Sejarah Ringkas Negeri Perak

5:27 PM RuzendStudio 0 Comments



Sejarah Ringkas Negeri Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.
ZAMAN PRA SEJARAH
Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).
Zaman Batu Lama (Paleolitik)
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.
Zaman Hoabinhian
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).
Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.
Zaman Logam (Metal Age)
Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai 'Tulang Mawas' yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.
Zaman Hindu/Buddha
Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.
PERAK SELEPAS PRA SEJARAH
Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan
Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To' Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.
Zaman Kesultanan
Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.
Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.
Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.
Campur tangan Inggeris
Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.
Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional.
TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874
  1. Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.
  2. Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
  3. Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.
  4. Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
  5. Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris.
Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris
Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.
Sistem Pemerintahan Residen
Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.
Perang Dunia Pertama - 'Zaman Meleset'
Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.
Perang Dunia Kedua
Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.

0 comments:

Kadar Servis Perodua Myvi Baru 2017

3:51 AM RuzendStudio 0 Comments


New Myvi 1500cc : 10,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
GST ( 6% )-10.1210.52
Total-178.84185.89
New Myvi 1500cc : 20,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
Air Cleaner Filter174.5082.00
Brake Fluid 0.5L220.0021.60
Labour Charges-75.6075.60
GST ( 6% )-20.3321.27
Total-359.15375.84

New Myvi 1500cc : 30,000km & 90,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
Element, Air Refiner140.2044.20
Labour Charges-46.2046.20
GST ( 6% )-15.3115.95
Total-270.43281.72

New Myvi 1500cc : 40,000km & 80,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
Air Cleaner Filter174.5082.00
Brake Fluid 0.5L220.0021.60
GL 4 80 W 18L (1.25L)
ATF D3 SP 18L (2.90L)179.3287.37
Radiator Coolant 0.5L (2 bottles)125.0027.80
DP Gasket -MT (2 pieces)
Labour Charges-126.00126.00
DP Gasket -AT13.804.20
GST ( 6% )-29.8431.46
Total-527.18555.8

New Myvi 1500cc : 50,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
Labour Charges-58.8058.80
Spark Plug1208.00228.80
GST ( 6% )-26.1327.78
Total-461.65490.75

New Myvi 1500cc : 60,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
Air Cleaner Filter174.5082.00
Brake Fluid 0.5L220.0021.60
Labour Charges-88.2088.20
Element, Air Refiner140.2044.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
GST ( 6% )-23.524.68
Total-415.12436.05


New Myvi 1500cc : 70,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
Labour Charges-33.6033.60
GST ( 6% )-12.1412.54
Total-214.46221.51
New Myvi 1500cc : 100,000kmAutomatic Transmission
ItemQtyWMEM
Element S/A Oil Filter111.3012.40
DP Gasket13.804.20
PGO SN 0W-20 4L1153.62158.77
Air Cleaner Filter174.5082.00
Brake Fluid 0.5L220.0021.60
Labour Charges-100.80100.80
Spark Plug1208.00228.80
GST ( 6% )-34.3236.51
Total-606.34645.08
  • Notes :
  • WM - West Malaysia, EM - East Malaysia
  • 1. Labour charges subject to 6% government tax.
  • 2. Spare part replacement subject to model specification
  • 3. Total price is based on Pro care package
  • 4. Prices are subject to change without prior notification
  • 5. Power steering flush is applicable to non-EPS models only
  • * Available at selected outlets only.
  •  
  • Service schedule is to be followed based on mileage or month, whichever comes first from the date of registration.
  • Required service maintenance is subject to model, variant and style of driving. Please refer to a Perodua Service Advisor for details.
  • The 1st Inspection service for all Perodua Axia & Bezza vehicles registered from 1st November 2017 onwards will be at 1,000km instead of 5,000km.

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)