Sejarah Ringkas Negeri Perak
Sejarah Ringkas Negeri Perak
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri
Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan
Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil
dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari
pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang
terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah
lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti
wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000
hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari
masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan
jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak
Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman
Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan
tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang
dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah
maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung
di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga
beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja
Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan
penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah
Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul
tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang
dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya
diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848
oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang
dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih
timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang
Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan
masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di
negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri
Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya
kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah
diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan
implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan
ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah
berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya
J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah
kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut
mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri
belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948.
Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya
bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan
Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat
kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris
sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem
pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan
pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris.
Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada
tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri
gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut.
Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah
34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri
Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka
makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai
pahlawan tanah air.
|
ZAMAN PRA SEJARAH
Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).

Zaman Batu Lama
(Paleolitik)
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.

Zaman Hoabinhian
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).

Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.

Zaman Logam (Metal Age)
Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai 'Tulang Mawas' yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.

Zaman Hindu/Buddha
Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.

PERAK SELEPAS PRA SEJARAH
Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan
Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Disamping
itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan
Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan
di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To' Temong dan lain-lain
kerajaan yang belum dapat dikesan.
Zaman Kesultanan
Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.
Kejumpaan
bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan
lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun
l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat
dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.
Dari
dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri
Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang
sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan
Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa
sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem
tersebut.
Campur tangan Inggeris
Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.
Melalui
campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat
membaiki sistem pemerintahan tradisional.
|
TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874
- Raja Abdullah diakui sebagai
Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta
pencen sebanyak $l,000/- sebulan.
- Sultan akan menerima seorang
Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala
hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
- Semua pungutan dan kawalan cukai
serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi
disusun menurut nasihat Residen.
- Menteri Larut akan terus
berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka.
Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai
bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
- Gaji Residen akan dibayar oleh
Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris.
Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris
Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.

Sistem Pemerintahan Residen
Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.

Perang Dunia Pertama - 'Zaman Meleset'
Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Negeri
Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa
dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan
pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia
kembali aman.
Perang Dunia Kedua
Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri
Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman
pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.
0 comments:
Post a Comment