Showing posts with label trip. Show all posts

Trip Berkelah : Teluk Tempoyak, Batu Maung, Penang.

Warga Penang semua yang bercadang nak bawak family berkelah dan mandi pantai masa musim cuti sekolah ni, boleh cuba datang ke Pantai Teluk Tempoyak.
Walaupun tak sejernih air seperti Sampoerna, tapi kira okielah takda obor2 dan tak mendatang risiko sangat kepada anak2. Since nowadays dah susah nak cari pantai area Penang ni nak bermandi manda. Kebersihan dia lebih better daripada Batu Feringhi R&R Bagan Ajam dan Port Dickson.
Air pasang biasanya tengah hari, then datang pagi okie sikit.
Tapi awas ada batu karang tajam sedikit. Boleh juga kalau nak buat aktiviti mencari siput "kepah".
Ada kemudahan berbayar oleh orang awam di situ sebab kawasan ni tak dijaga oleh pihak majlis bandaran. Cuma perlu bawak adab dan kesedaran ja.


Petua Hilangkan Jerawat

Himpunan Petua Hilangkan Jerawat



Pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan jerawat. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan.
Berikut antara petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat.


1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

6. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

11. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Cuti-cuti ke Bukit Merah

Kiranya ni las NIK joli untuk bulan ni..
Sampai kering wallet.. Ha3..
Kali ni p Bukit Merah lak..
Seriously ni kali pertama jejak kaki kat Bukit Merah..
Amik masa sejam jugakla dari Seberang Jaya ke Bukit Merah..


Tak bawak laju pon. Hahaha..
Keletihan dan berehat sebentar di kamar kami..
Ulala..


Mahal jugakla hotel untuk family ni.
Ada rating ka untuk Hotel Suria ni? Kalau tak silap ini service apartments kan. Whateverla.
Ini adalah percutian kami, cuma pix ni jer yang ada.
Hahaha..


Tak banyak gambar yang ditangkap, sibokk dengan aktiviti berenang and main ombak whatthefuck waterpark Punya enjoy sakan sampai 5-6 kali hujan stop.. hahaha..


USB charger dengan tuala tertinggal plak kat sna.. ceh! 

Mee Goreng Sotong & I-City

Jauh perjalanan luas pandangan.. Nak berkongsi TRAVEL nik semalam..
Even SAKIT KAKI jatuh moto semalam.. ^^,
Shit! I hate KL route TRAPHIC..

Lokasi pertama ke Gerai Mee Goreng Sotong Powerr Seksyen 2 Shah Alam
Kami cuba makan makan utama, Mee Goreng Sotong.
Even yang tak suka makan MEE pon, boleh habiskan sepinggan MEE goreng yang sedap ni.
Buktinya, Jalan-jalan Cari Makan telahpun berkunjung ke gerai ni.
Tayangannya pada Edisi Hari Raya Haji 6hb, Oktober.

Cubala, rugi kalu tak rasa..
Nasi Lemak Pandan pon ada dijual di sini.
Disaji sekali dengan Ayam Berempah.
Sebelum balik singgah kejap I-City Shah Alam berdekatan dengan pintu belakang kampus UiTM Shah Alam.

Lama tak pergi, so nak cuba singgah kejap..

Sekarang cas masuk cuma dikenakan kepada kereta sahaja.

Yang mana nak cuba masuk Rumah Salji atau Snowalk, cas untuk DEWASA adalah RM35.
Potongan sebanyak RM10 jika menggunakan kad pengenalan.
Bagi kanak-kanak pula adalah RM25.
Baju salji atau baju sejuk disediakan.
Kereta dan Bas kena guna laluan Auto Pay toll. RM2 kot.
My pics takda k.. ^^,

Projek di Sedim

 Ni kerja untuk hari ni....
Tengokkan Lokasi Projek Komunikasi kami... ^^,

Ni skang kami tengah bincang pasal program kami
 Do some MEETING n get Quotations...
 Dewan serbaguna untuk program
 Tapak perkhemahan bakal berlansungnya PROGRAM kami
 Singgah makan sebelum BALIK ke RUMAH
 Ni laPORT kami makan kat SEAGATE... Nimat


p/s: ni bukan phoshoot, so gambar ta elok sangat..

kalu spa yang berninat nak SERTAI nanti... Mesej la...

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)