Showing posts with label healthcare. Show all posts

10 Sumber Makanan Yang Terbaik Untuk Lelaki

Pada hari ini kita boleh tengok pelbagai produk kesihatan seks untuk lelaki berada dipasaran. Namun, adakah kesemua dari produk kesihatan itu mendapat pengesahan dari doktor yang bertauliah? Mungkin juga akan ada kesan sampingan yang tidak kita ketahui pada masa hadapan.

Naluri seks atau Libido semestinya amat penting kepada golongan lelaki begitu juga kepada wanita. Kunci untuk lelaki yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar. Jadi, untuk mendapatkan peredaran darah yang lancar lelaki perlulah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan. Paling disyorkan adalah ikan Salmon dan ikan Tuna.

Dalam pemakanan harian juga perlu ada multivitamin dan mineral dimana kedua-dua ini baik untuk fungsi saraf kemudiannya membantu untuk peredaran darah yang lancar.


Bawah merupakan 10 Sumber Makanan  Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”

Petanda Akan Ejakulasi Lelaki (18SX)

Ketahui tanda-tanda lelaki akan mengeluarkan air mani



Ejakulasi (pancutan mani) merupakan salah satu bahagian penting yang dialami laki-laki ketika melakukan hubungan seks. Tapi bolehkah seseorang melihat tanda-tanda lelaki akan mengalami ejakulasi?

Tips dan Cara Tambah Berat Badan



Straight to the point, masalah utama orang yang kurang berat badan adalah kurangnya disiplin.
By definition, kurang berat badan ialah apabila BMI korang jatuh bawah skala normal iaitu kurang daripada 18.5. (Sila tanya Encik Google untuk cara kira BMI)

Petua Kempiskan Perut

Selalunya bila kita menggambarkan kecantikan, ayat yang selalu dipakai lebih kurang begini… “Cuba ko tengok dia tu, ohh.. cantikkan rupa paras dia..!”
Cantik rupa dah satu hal… lepas tu nak dapatkan cantik paras lagi… hu..hu..
So, kesimpulannya nak dinobatkan dalam kategori cantik nie kena ada pakej lengkaplah.. Maknanya, wajah tuh kenalah cun and then body tuh mestilah mengiurkan, camtulah kiranya…
Body mengiurkan nie camna lak? Hmmm… cuba tengok gambar tuh… nampak tak perut dia yang kempis dan rata…  Sure semua orang nak macam tu kan. Lumrah kejadianlah kan… wanita tentulah inginkan untuk sentiasa kekal cantik. Seboleh-bolehnya kebanyakan wanita mahu mengelakkan perut daripada buncit dan mengharapkan ia kekal langsing.
Untuk sesiapa yg ingin nak kempiskan perut, in fact kaum lelaki pun kalau ada yg berminat bolehlah cuba petua nie…

petua kempiskan perut Ini rahsia untuk kempiskan perut…

Petua kempis perut 1

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas.  Biarkan semalaman.  Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut.  Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.

Petua mengempiskan perut 2

Ambil sedikit daun lidah buaya.  Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa.  Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.  Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri.  Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
Petua perut kempis 3
Sediakan limau nipis dan kapur sirih.  Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.


Sumber

Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat


Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk cik tom sendiri. Muka cik tom ini memang jenis berminyak dan berjerawat. Macam2 tips dan produk yang telah cik tom cuba untuk mengatasinya. Kali ini cik tom nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dalam entry ini pernah dicuba sendiri oleh cik tom masa sekolah dan belajar di universiti.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak


Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Petua Hilangkan Batuk dan Kahak. Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  3
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu. Itu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi almaklumlah terlebih rajin…
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda. dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.
Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)