Tabiat Buruk Yang Merosakkan Hubungan

11:55 PM Ruzend Mohamad 0 Comments


Pernahkah kamu sedar atau kenal pasti perkara-perkara yang dapat merosakkan hubungan antara wanita dengan lelaki? Jangan terus menyalahkan si dia ketika hubungan yang kamu jalin tidak berjalan sempurna. Kita juga perlu memperbetulkan diri kita, mungkin salah satu penyebabnya adalah tabiat buruk yang kita tidak sedar selama ini. Tabiat buruk apa saja yang dapat merosakkan hubungan?
Berikut penjelasannya. 



•Mengabaikan hal-hal kecil
Kamu patut rasa beruntung mempunyai pasangan yang sangat mencintaimu dan sering menunjukkan rasa cintanya tersebut. Tapi pernahkah kamu mengucapkan rasa terima kasih atau menunjukkan reaksi yang menghargai terhadap segala hal yang telah dilakukannya? Hal ini memang kelihatan remeh, tapi ini sangat penting. Walaupun dia tidak memintanya, tapi dia mungkin akan semakin senang jika kita menghargai dan berterima kasih terhadap segala yang dilakukannya mahupun segala hal yang telah dia berikan.

•Selalu ingin dimengerti
Kamu jadi marah ketika apa yang kamu inginkan dari si dia tidak dapat dipenuhi atau tak dapat dia lakukan. Namun sebaliknya, kamu tidak pernah menyedari bagaimana perasaannya pabila apa yang dia cuba maksudkan tak dapat kamu faham. Hm, tabiat yang satu ini jika kerap kamu lakukan boleh buatkan hubungan kamu bertambah retak.

•Menguji pasangan
Untuk mengetahui samada dia benar-benar mencintaimu, tak semua orang mengambil langkah “testing” terhadap pasangannya. Sekali dua kalau melakukan hal ini okie jer, tetapi jika kamu selalu tidak puas hati dan berhasrat untuk menguji tahap percintaannya terhadap kamu dengan menggunakan hal-hal yang tidak sopan, mungkin kamu akan buatkan dia terasa marah dengan kamu.

•Menuntut yang berlebihan
Mari perbaiki dia. Adakah kamu selalu menuntut banyak perkara terhadap si dia? Mesti begini-begitu, harus itu-ini, tidak boleh ini dan itu. Ingat kawan-kawanku, nobodys perfect. Ya, di dunia ini tidak ada seorang pun yang sempurna. Jadi jangan menuntut pelbagai perkara yang berlebihan. Apatah lagi jika kamu marah apabila permintaan kamu tidak dipenuhi.

•Berbohong
Hal yang satu ini rasanya dapat difahami oleh siapapun. Ya, kebiasaan berbohong terhadap pasangan tentu dapat menjadi karma dalam sebuah hubungan. So, jangan sesekali biasakan diri kamu untuk berbohong walaupun berbohong untuk hal-hal yang kecil. Ingat, ketika kamu berbohong kepada si dia, itu bererti kamu sedang mengikis rasa percayanya pada kamu sedikit demi sedikit.

•Mendominasi
Dalam setiap hubungan, antara lelaki dan wanita haruslah sepadan. Hubungan yang didominasi oleh salah satu pihak hanya akan memunculkan perbalahan. Pendek kata, antara lelaki dan wanita harus seimbang dalam mencurahkan rasa cintanya, tidak mendominasi perbualan ketika sedang bersama, dsb.

•Diam, diam dan diam
Apakah kamu lebih kerap diam ketika kamu marah atau kecewa dengan si dia? Guys, mulai saat ini mari hilangkan tabiat tersebut. Jika ada rasa perasaan kekok kamu terhadap pada si dia, segera berkomunikasi. Kamu perlu ingat, pasangan kamu tidak selalunya dapat membaca fikiranmu. Jadi, daripada terjadi salahfaham, lebih baik utarakan secara baik-baik apa yang kamu rasakan.

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (38) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)