Petanda Akan Ejakulasi Lelaki (18SX)

3:09 PM Ruzend Mohamad 0 Comments

Ketahui tanda-tanda lelaki akan mengeluarkan air mani



Ejakulasi (pancutan mani) merupakan salah satu bahagian penting yang dialami laki-laki ketika melakukan hubungan seks. Tapi bolehkah seseorang melihat tanda-tanda lelaki akan mengalami ejakulasi?



Ketika ini masih banyak kesalahan maklumat mengenai respons seksual laki-laki. Perkara yang penting adalah ejakulasi dan orgasme pada laki-laki merupakan dua kejadian yang berasingan.

Pakar mengatakan ejakulasi adalah peristiwa fisiologi yang boleh diamati oleh seseorang, sedangkan orgasme adalah pengalaman yang dirasakan seseorang sehingga boleh dilihat tapi kadang juga tidak.

Lelaki umumnya mengalami 3 rangkaian peristiwa berbeza semasa mengadakan hubungan seks iaitu pembebasan, ejakulasi dan orgasma. Pada tahap pembebasan ada pengecutan otot dan air mani didorong ke dasar uretra (saluran yang mana urin dan ejakulasi keluar pada hujung zakar).

Tahap kedua adalah ejakulasi yang mana air mani didorong keluar dari zakar, dan tahap ketiga adalah orgasme yang merujuk kepada pengalaman subjektif yang kadang terjadi serentak dengan ejakulasi.

Kadang-kadang lelaki tidak menyedari apabila mereka akan mengalami ejakulasi. Tetapi terdapat beberapa tanda-tanda bahawa ejakulasi akan datang walaupun setiap orang berbeza dan kadang-kadang tidak sentiasa sama.

1. Sebelum ejakulasi, sesetengah orang menggambarkan rasa seperti ‘geli’ manakala yang lain merasa seperti mereka berada di atas, penyelidik menyebutnya dengan ‘ejakulasi tak terhindarkan’.

2. Mengalami praejakulasi atau disebut juga dengan precum.

3. Testis dan skrotum terasa seperti membesar dan semakin mendekati tubuh.

4. Tiba-tiba mengalami ketegangan di dalam badan beberapa saat sebelum ejakulasi.

5. Terjadi perubahan dalam bernafas.

Selain tanda-tanda ini, sesetengah lelaki mempunyai gejala tambahan lain seperti lebih banyak berpeluh, cara gerak badan tertentu atau ada yang mulai bersenandung sebelum ejakulasi.

Umumnya orang yang masih muda atau baru melakukan hubungan seks agak sukar mengenal tanda-tanda akan datangnya ejakulasi, tapi semakin banyak dan baik seseorang melakukan hubungan seks maka ia akan mahir ‘membaca’ isyarat dari tubuhnya. – detikhealth

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) jenaka (1) joke (8) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (39) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)