Kecilkan Perut Buncit Dengan Makanan

9:31 AM RuzendStudio 0 Comments

CARA MENGECILKAN PERUT BUNCIT DENGAN MAKANAN

Mempunyai perut buncit jelas bukan sesuatu yang menawan. Apatah lagi bagi para gadis yang ingin selalu menampakkan dirinya kelihatan langsing dan seksi. Perkara tersebut juga akan membuatkan kamu berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Perut yang ramping dah tentunya nampak lebih menawan dan membuatkan kamu bertambah yakin dengan diri kamu sendiri.

Persoalannya sekarang bagaimanakah cara untuk mengecilkan perut yang buncit itu? Adakah ia cukup sekadar dengan bersukan sahaja? Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan perut yang rata, salah satunya dengan melakukan senaman tertentu seperti sit up, kemudian diet juga boleh buatkan tubuh lebih ramping.

Apa pun, mungkin selama ini kamu menganggap bahawa semua jenis makanan boleh membuatkan badan menjadi gemuk, tetapi tanggapan itu salah sama sekali. Ada beberapa jenis makanan yang mampu membakar lemak dan kalori serta mampu mengecilkan perut dan membuatkan tubuh menjadi langsing. Berikut ini adalah jenis makanan yang berguna dalam pelan mengecilkan perut dan melangsingkan tubuh badan kamu.



1. Avokado
Buah avokado yang diyakini sesetengah masyarakat sebagai buah para dewa di syurga ini dapat membantu kamu mengecilkan pinggul. Para pengkaji berpendapat lemak tak tepu yang terkandung dalam avokado boleh meningkatkan hormon penahan lapar yang disebut Leptin. Hormon ini boleh membuatkan otak kamu berfikir jika perut sudah kenyang dan buatkan kamu berhenti makan.


2. Bijirin Penuh atau Oat
Bersedia menukar perut buncit kamu dengan perut ramping? Jadi gantilah sarapan kamu dengan ramuan yang berasal dari bijirin penuh atau oat. Pemerhatian menunjukkan bahawa bahan makanan ini membantu mengecilkan bahagian perut. Hasil penelitian juga menunjukkan 3000 orang lelaki dan perempuan yang beralih ke bijirin penuh boleh mendapatkan perut yang rata. Contoh makanan yang masuk kategori ini adalah beras merah, quinoa, bijirin gandum, roti gandum, dan pasta.


3. Kacang Buncis
Kacang buncis merupakan sumber protein yang kaya dengan flavanoid. Dalam kajian selama 14 tahun, antioksida istimewa ini menunjukkan ia dapat membantu menurunkan pengumpulan lemak berlebihan pada perut. Kecilkan perut dan tubuh kamu dengan makanan ini.


4. Cili Merah
Sepiring cili cayyene atau jalapeno atau cili merah mengandungi Capsaicin, pemangkin rasa pedas pada cili. Menurut para penyelidik, ia berkesan untuk menurunkan selera makan dan mengurangkan jumlah makanan di keesokan harinya. Komponen yang sama pada cili juga boleh menghilangkan penghasilan lemak.


5. Cendawan
Jika kamu ingin mencuba cara untuk menurunkan kalori dengan mudah dan lazat, ganti daging dengan cendawan untuk setiap resipi masakan kamu. Secara automatik, kamu dapat memotong 420kalori daripada makanan kamu, sebahagian karena kamu mengurangkan lemak tepu yang terdapat pada daging. Pemerhatian juga membuktikan cendawan turut mempunyai persamaan dengan daging iaitu turut mengenyangkan.


6. Jeruk Limau Bali
Dari semua makanan yang dikhabarkan dapat mendorong penurunan berat badan, jeruk limau bali adalah antara yang terkenal. Kajian menunjukkan bahawa buah ini mampu membantu mendapatkan tubuh yang ramping seperti seorang selebriti. Kajian lain juga menunjukkan bahawa jika makan setengah buah ini sebelum makan utama boleh membantu mengurangkan berat badan dalam beberapa kilogram jika berdiet.


7. Kekacang
Kacang mungkin mengandungi banyak lemak. Namun, kacang seperti pisctachio mengandung lemak tak tepu yang menyihatkan. Dan seperti kacang lainnya, pistachio memberi tambahan protein dan serat. Semua ini jelas mengapa kacang pistachio mampu membantu orang diet dengan menekan selera makan dan menurunkan berat badan.


8. Minyak Zaitun
Minyak yang kaya rasa ini boleh didapati pada salad dan marinade, ia mengandungi lemak utama tak tepu yang disebut Asam Oleik. Asam ini mendorong proses sukar di dalam usus yang secara tidak langsung mengarahkan otak berfikir kamu kenyang dan membuatkan kamu berhenti makan. Minyak Zaitun juga berperanan dalam diet gaya Meditteranian yang menyihatkan jantung.


9. Nasi dengan sayuran
Menambahkan sayuran berserat tinggi, seperti brokoli dan lobak pada nasi, akan membantu menurunkan jumlah kalori. Tapi, bukan hanya itu, dengan menambahkan sayuran pada nasi ketika makan tengahari mampu memperlahankan perut menjadi kosong. Akhirnya? Kamu akan rasa kekenyangan lebih lama. Dalam penelitian, orang akan mengurangkan jumlah makan malam mereka jika menambahkan sayuran pada waktu makan tengah hari mereka.


10. Telur
Ganti sarapan pagi dengan makanan yang membakar lemak, hotcake mungkin lebih baik, ganti dengan dua biji telur ayam. Berdasarkan penelitian, telur mengalahkan karbohidrat dalam hal mengenyangkan dan dapat menahan kita daripada mengambil makan ringan. Di sinilah terbukti telur mampu membantu menurunkan 65 peratus berat badan.


11. Yogurt
Makanan yang biasanya ditempatkan dalam sajian berbentuk gelas ini mengandungi banyak kalsium. Kajian menunjukkan kalsium dapat membantu untuk mencegah penambahan berat badan dengan membantu menyerap lemak pada usus kecil.

Ini dia 10 +1 cara untuk melangsingkan perut dan membuatkan badan kamu langsing dengan makanan. Namun, kamu tetap perlu banyakkan senaman, bersukan dan menjalankan corak hidup yang sihat. Jom praktik!

FAKTA
Selain kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan badan, kebanyakan buah-buahan juga merupakan item terpenting dalam dunia kecantikan kulit wajah.

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)