Malaysia Countdown Show 2012
MALAM dan tengah malam ini, semua akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2012. Ada yang sudah balik kampung dan tidak kurang yang mahu meraikannya di kota. Pelbagai acara hiburan disusun di sana-sini bagi memeriahkan sambutan tahun baru. Berikut antara agenda yang menarik.
KONSERT Ambang 2012 juga bersempena Karnival Sayangi Selangor akan berlangsung di I-City, Shah Alam, Selangor jam 8.45 malam ini. Persembahan nyanyian dimeriahkan dengan penampilan Najwa Latif, Adam Af2, Yazir Af3, Suki dan Daniel Malaysian Idol. Semua dijemput meraikannya!
KONSERT menjelang sambutan Tahun Baru 2012 yang menampilkan kumpulan bintang K-Pop, Rania bersama penyanyi Hong Kong, Ella (S.H.E) dan artis tempatan seperti Dragon Red dan Da Monster akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, mulai jam 7 malam ini.
JOM rock bersama konsert penutup Fenomena Search 30 Tahun yang akan berlangsung di Stadium Negeri Kuching, Sarawak, bermula jam 9 malam ini.
SEMPENA sambutan Tahun Baru 2012, Karnival Mini Hari Belia akan diadakan di Presint 2, Putrajaya, bermula jam 10 pagi ini sehingga esok. Konsert kemuncak ambang tahun baru pula menampilkan artis seperti Meet Uncle Hussain, Najwa Latif, Kristal dan Jinbara.
KEMERIAHAN Sambutan Tahun Baru 2012 juga berlansung di E@Curve, Bandar Utama hari ini mulai jam 8 malam. Antara artis yang terbabit adalah Jaclyn Victor, Reshmonu, Senoritas, Altimet dan James Baum. Selain itu, pemenang Showdown, Wakaka Crew dan Floor Fever turut berada di sana untuk menghiburkan anda dengan skil tarian mereka.
MERIAHKAN sambutan tahun baru dengan Konsert DiGi Street Party yang akan berlangsung di Sungei Wang Plaza, KL, jam 9 malam. Antara artis yang memeriahkan suasana adalah artis Hong Kong, Wong Cho Lam dan Jason Chan, Olivia Ong (Singapura), Sigma (Taiwan) dan artis tempatan seperti ManHanD, Amy Wang, Melvin Sia, Alvin Chong, Athena Beh dan Peace Teo.
SAMBUTAN Tahun Baru 2012 dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Anthem Band dan Sky High yang akan berlangsung di Publika, Solaris Dutamas, KL mulai jam 6.30 petang ini.

0 comments:
Post a Comment