999 ja pilihan aku
Dari kecik sampai sekarang.
Pernah kamu semua dail 999?
Majoriti mestilah tak pernah.
Tapi aku dah guna sebanyak dua tiga kali.
Bangga la jugak.
Bagi yang tak tahu, 999 adalah talian kecemasan yang menyambungkan kesemua rangkaian POLIS, BOMBA, AMBULAN dan PERTAHANAN AWAM.
Call Centre 999 bertempat dia Negeri Melaka. So, sebarang panggilan akan disambungkan terus ke CC Melaka. Kenapa perlu Melaka? Entah.. Malas nak pk.. ^^,
See, nampak tak kelemahan di sini?
Andai kata anda membuat panggilan 999 dari Pulau Pinang dan ketika itu anda memerlukan Ambulans dan pasukan penyelamat, Call Centre dari Melaka akan menjawab panggilan anda. Dia akan bertanyakan "Kes apa yang sedang anda hadapi sekarang". Jika kemalangan, perlukah sebarang AMBULAN untuk menyelamat? Jika YA, beritahu alamat yang terperinci.. Kalu silap.. Sabor je la..
Pernahla sekali aku kemalangan jalan raya, memang blur sangat. Aku gitau ja CallCenter 999 tu, aku xcident kat Tokong Ular.
Then, PULUN la ambulan dok cari aku.
Tu belum lagi TIME aku xcident kat Kulim, separuh pitam nak crita kat CallCenter LOKASI aku xsident.. -.-"
Teladannya, jika berlaku sebarang kecemasan cubala berikan alamat yang penuh dan terperinci kepada Call Center.
Sebabnya prosesnya macam "radio buruk gak".
Call Center 999 dari melaka akan sambungkan kepada hospital yang terdekat dengan alamat yang kita berikan tu. Kemudian kita akan disambungkan dengan kelindan ambulan tu.
Kalu silap, tak sampai la bantuan. Paling tak pon, mangsa da jadi mayat baru ambulan datang.
lalalalalala
Info 999
Satu Negara Satu Nombor 999
Rakyat Malaysia kini hanya perlu menghubungi satu nombor kecemasan
iaitu 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan membabitkan polis, bomba,
hospital dan Jabatan Pertahanan Awam.
Para petugas terlatih dan profesional dari Pusat Perkhidmatan
Panggilan Kecemasan akan mengendalikan talian kecemasan 999 yang
dilengkapi data mengenai kecemasan dan lokasi berbentuk digital.
Sebarang panggilan kecemasan oleh orang ramai seterusnnya akan dikendalikan oleh Penyedia Perkhidmatan Kecemasan mengikut jenis kecemasan yang dilaporkan.
Panggilan kecemasan 999 adalah percuma. Sebarang panggilan kecemasan akan dijawab dalam masa 10 saat.
Sistem penerimaan panggilan kecemasan 999 yang dipertingkat
membolehkan usaha mengenalpasti setiap panggilan yang dibuat, kerana
nombor pemanggil akan tertera dan dapat disimpan untuk rekod atau
rujukan.
Ini dapat membantu mengelakkan keciciran ketika panggilan kecemasan dibuat di samping memantau panggilan palsu.
Setiap panggilan palsu boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara
setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
0 comments:
Post a Comment