Pulau Jerejak

4:31 PM Nick 0 Comments


Gambar ni diambil tahun lepas punya. Kami p Pulau Jerejak ni untuk tugasan projek pemasaran kami. Dua orang ja pon yang pi. Ana sama Naeemah. Pergi balik hari. Tiket untuk ke Pulau Jerejak cuma RM12 untuk dewasa pergi dan balik. Satu-satunya cara nk pergi pulau ni kena nek feri atau bot. hahaha. Agak bersih jugakla pulau ni berbanding tempat lain. Sama jugakla kebersihannya dengan Batu Feringgi time kami pi. Bila dah sampai, punya pulunla kami cari penjara lama. Rupa-rupa di belakang pulau nun ha. Tapi kami p cari hujung pulau tu. Letih! Berkilometer kami jalan kaki, patah balik pulak tu dengan bahang terik yang membakar tuh! Peh! Diorang ada sediakan jugak kenderaan bermotor, tapi kamu kena sewala. Macam kt sebelah kanan ni. Nak panggil apa ntah. Antara kemudahan yang ada kat sni, Kolam renang(pantai xda sapa terjun lagi), chalet, hotel (normal-eksekutif), restoran, ruang menunggu, taman permainan, paint ball court, gerai, hiking n macam2 lagila. Tak tau nk gtau, tak try semua pon. To sum up, pergilah sendiri kalu nk tau lebih lagi. (nada kurang sopan skit).


0 comments:

Adobe Photoshop CS4

9:54 PM Nick 0 Comments


0 comments:

1Siswa 1Malaysia

3:05 AM Nick 3 Comments

Kolej kami dijemput jugak join perkampungan 1Malysia d USM.. Seronok la jugak.. Menarik jugak tentatif program ni. Antaranya Persidangan Meja Bulat Perwakilan Pelajar IPTA/IPTS seluruh malaysia, Pesta tanglung & Pesta Cahaya, Handshake, Majlis Perasmian 1Siswa 1Malaysia. Antara penglibatan terbesar ialah USM, UiTM (Arau), UMT, UUM, UniMAS, UniMAP, UDM, Kolej Komuniti, Politeknik dan banyak lagi.
  Dalam Persidangan Meja Bulat, para Siswa/Siswi berhimpun dalam menyatakan pendapat tentang Konsep 1Malaysia yang cuba direalisasikan dan 1 resolusi cuba dicapai melalui pemikiran para Siswa/i. Resolusi yang telah dicapai akn dihantar kepada JPM...

3 comments:

Bakti Siswa ke Nurul Ihsan

1:52 PM Nick 0 Comments

Pihak Khidmat Masyarakat USM yang diketuai Saudara Firdaus telah menganjurkan program Bakti Siswa Lestari yang telah menjemput pelbagai IPT dalam program kelestarian Saudara Angkat Nurul Ihsan. Antara IPT yang menyertai program tersebut ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Kolej Teknologi Pulau (ICT), Kolej Pelancongan Antarabangsa (ATI), Polimas, dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Kami berkumpul di Dewan Peperiksaan USM jam 9malam untuk sesi pendaftaran program tersebut. Antara wakil kolej kami ialah (dari kiri), Azi, Aisyah, Hafiz, Nick dan Lisz(amik gambar). Time ni kami diberi maklumat tentang program esoknya dan diberi bilik menginap kami yang terletak di asrama luar(Restu).


Time ni kami tengah pindahkan barang dari Bilik Gerakan kedalam perut bas untuk dibawa ke Pusat Kebajikan Nurul Ihsan. Lawatan kami ini disertai oleh 60 orang pelajar IPT (2 bas). Memang ramah semua pelajar yang sertai program ni. Time ni ramai yang masih belum bertegur sapa. Kami bertolak keluar dari Kampus USM jam 8.30 pagi Sabtu. Perjalanan kami ke Sungai Siput mungkin mengambil masa 1 jam 40 minit. Banyak kali jugakla bas terlajak bila sampai daerah Kuala Kangsar tu.


Lena sungguh depa ni tidoq, memang ngantuk jugakla pi Sungai Siput ni. Lapo jugak. Kami cuba gambarkan suasana rumah kebajikan anak-anak yatim Nurul Ihsan ni. Kami diberitahu bahawa lingkungan anak-anak kebajikan di dalam rumah kebajikan ni seramai 80 orang. Apa2 pun, kami nak tidoq dulu sat.

Kami dah Sampai Sungai Siput Utara iaitu jalan ke rumah anak-anak yatim tersebut. Dari jalan besar ke rumah kebajikan tersebut sejauh 500meter. Jauh jugak ek, sambil jalan enjoy jugak. He3..



Time ni kami dah sampai di dewan serbaguna Nurul Ihsan dan diberi taklimat tentatif dan pembahagian kumpulan sekolah rendah dan menengah. Aku pilih kategori sekolah menengah sebagai adik angkat aku.


Nilah anak-anak dari rumah Nurul Ihsan. Ni sesi berkenal-kenalan dengan kami. Awalnya agak-agak malu gak r depa ni. Terutama adik kat sebelah aku ni. malu sangat ngan kak angkat dia tu. Ngan kami ja dia sembang.














arca paling stabil, kukuh, padat, simple, lurus dan seteguh ahli kumpulannya. (kamila tu)

0 comments:

Joke : Pemandu Teksi

1:39 PM Nick 0 Comments

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan.
Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap.
“Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!”
Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:”saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi.”
Dengan selamba pakcik itu menjawab:”mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham-faham sajalah!”

0 comments:

Kemalangan Sebelum Raya

5:10 AM Nick 0 Comments


Malang jugak aku sambut raya tahun ni. Dua hari sebelum raya puasa aku terlibat dalam kemalangan. Masa tu aku on the way pergi Reunion Sekolah Menengah jemputan rakan-rakan. Ceritanya macam ni...
      Dengan perasaan gembira tak jumpa kawan lama ni, punyala bersiap elok2 nk g reunion. Nama skolah aku dulu SMK Mengkuang kat Bukit Mertajam. Aku bersiap n bertolak jam 5.00ptg. Sepatutnya aku tumpang rakan aku g reunion tu, tapi dia bertolak awal lak. So aku trus g n sedar2 minyak moto abes. Isila dulu kat Shell Air Merah kat Jlan Kulim. Jam dan tunjuk kul 5.30 dah n aku pilih untuk ikut jalan shortcut ja (Taman Selasih). Aku bawak takla laju sangat, stakat 80km/j ja. Jalan time ni dah bz dah ngan ramai orang g bazaar nk bukak posa.
      Dalam dok bawak moto tu, ada qeja meluru kluaq masuk jalan dari simpang, so aku ngelak n potong sebelah kanan r. Pastu tak semena-mena plak dia belok kanan then tak bagi signal. Punyala celaka. Apalagi aku, terbang sambil berguling r. Terketar-ketar badan aku time xcident tu. Ramai orang berhenti kat ctu, tuan keta tu kluaqla dr keta n sound ak, tak nmpak ka keta dia? Kepala otak! Dia yang tak bagi signal n laluan kat kenderaan utama. Memekak la aku dengan dia tak kira r dia tua daripada aku pon. Tgh dok gaduh, dia masuk dalam keta. Pastu macam pondan trus lari. Aku catat r plat Proton Wira Putih ACJ422*. Aku pon tak ingat kawasan aku xcident tu. Klu tak silap, tu simpang nk masuk Taman Rhu n Paya Keladi. orang kampung n Tman kat situ blah pastu n biar aku terketaq2 kat situ.
      Pastu datangla orang yang simpati kat aku skit n tunggu aku sampai okie. Terima kasih sangat. Aku punyala tunggu ambulan sampai kul 10mlm. Tak mai2! Punya nk tunggu orang mati baru nak mai. klu tak silap aku kol 999 kat beratus kali. Tapi semuanya tunggu sebentar dan kami akan sambungkan talian kepada hospital yang berdekatan. Tu pon hospital dr Sungai Petani tu ha! Nk kol polis pon aku tak taw, no takda. pastu adala Pak Cik Yassin ni tolong g balai polis nk repot. Masyaallah! kosong! bagusla time ni kalu perompak nk wat qeja. Rompak bank ka. Kosong! Klu aku luka skit lagi, dah lama aku mati. mayat pon dah reput pa. Punya tak kisah kat orang ramai, time takda kes sibukla ronda san, ronda sini.
Aku pon kol kengkawan yang aku tak dapat mai reunion tu. Mlang btoi! tunggu punyala tunggu, jiran yang tumpangkan aku time xcident tu antar aku balik umah. Abg aku tak mai amik pon sebab tak tau kat mn aku ada. aku xcident kul 6.1+ptg. Tunggu punya tunggu balik kul 10malam ngan jiran tu. Malangnya aku bukak posa atas jalan tu. Kaki tak leh gerak cuz kaki aku tergeliat n luka teruk kat lutut n buku lali. habis baju raya aku kaler hijau yang cantik tu. Dah nasib tuhan nak jadikan. Dah la aku ada sepasang tuja baju melayu aku. tahun depan aku beli 2-3 pasang baju raya plak (klu aku sempat hidup lagi).

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)