Album "Fragmen" Siti Laris! : Kenapa Ada 9 Lagu?

1:28 AM RuzendStudio 0 Comments



Oleh Ina Mohd. Kredit foto Facebook Dato' Siti Nurhaliza.

Kalau sudah namanya penyanyi nombor satu Malaysia, keluar sahaja album terbaru pasti mendapat perhatian. Siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Album terbaru berjudul “Fragmen” ini telah berada di pasaran sejak 30 Jun 2014. Dato Siti berkongsi gambar peminat-peminat setianya yang sudah membeli album tersebut di laman sosial Instagramnya.

Rata-rata peminat begitu teruja untuk mendapatkan album tersebut di kedai berhampiran. Walaupun di bulan puasa tetapi album ini habis macam pisang goreng ya. Masakan tidak, di Rock Corner KLCC, album “Fragmen” habis!

Album ini mempunyai sembilan buah lagu solo kesemuanya. Ada peminat yang mempertikaikan kenapa hanya sembilan, kenapa tidak lagu sekian-sekian dimasukkan. Ini jawapan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Production di Facebook Official milik Dato Siti.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua peminat yang sudah mendapatkan album Fragmen pada hari pertama di pasaran. Terima kasih juga kepada yang sedia menunggu. InshaAllah, album tersebut akan sampai juga ke tempat anda. Pihak Universal selaku penerbit sekaligus pengedar album ini sedang berusaha sebaiknya untuk memasarkan album ini ke seluruh Malaysia secepat mungkin. Pihak kami ingin memperjelaskan jika ada kemusykilan:"

1. Album yang hendak dipasarkan ke luar dari Malaysia haruslah menerusi pengedar di setiap negara itu, misalnya Universal Music di setiap negara. Harus melalui proses ini dan tentu mengambil sedikit masa.

2. Sewaktu memuatnaik teaser lagu Seluruh Cinta bersama Cakra-itu adalah promosi terbaru/projek terbaru sewaktu ke Indonesia dan tidak dinyatakan untuk dimasukkan ke dalam album Fragmen tetapi ada berbincang jika boleh dimasukkan. Perjanjiannya adalah untuk projek lain, bukan untuk album Fragmen. Ini anda harus fahami justeru itu baik pihak Dato' Siti atau pengurusan tidak memaklumkan lagu itu untuk album Fragmen. Salah faham itu boleh mencetuskan persepsi yang salah dan tidak seharusnya dijadikan perdebatan. Jika itu adalah pertanyaan, di sini kami sudah menjelaskan.

3. Kenapa 9 lagu? Ada beberapa sebab sebenarnya. Sewaktu sesi pemilihan lagu untuk album Fragmen secara berperingkat, ada juga di saat2 akhir, lagu yang telah dipilih sudah diberikan oleh komposer kepada orang lain, ada juga yang tidak jadi diambil atas alasan2 lain dan sebagainya. Ini menjadikan 9 buah lagu dan hal ini telah diperbincangkan dengan 3 pihak. Aubrey Suwito selaku penasihat album, SNP dan Universal. Bersetuju dengan kata2 Aubrey berbunyi `` 9 lagu ini sudah cukup, masing2 ada kekuatan tersendiri, hala tujunya jelas, arah muziknya bersatu, kita ada 9 lagu `killer'. tidak ada satu lagu pun sekadar `filler'. Kita tidak tahu jika masukkan lagi sebuah lagu dan jadi 10, apakah lagu ke 10 itu menepati atau sekadar mahu dimasukkan saja?

4. Kenapa Galau dan Muara Hati tak dimasukkan dan jadikan 10? Jawapannya sangat jelas. Galau dan Muara Hati bukan lagu dalam pembentukan album Fragmen. Galau adalah single memperkenalkan kerjasama di antara SNP dan Universal dan Muara Hati adalah lagu tema drama Adam & Hawa yang dipadukan Hafiz & DCT dalam satu single duet. Fragmen adalah album yang dibentuk sendiri di bawah perbincangan Aubrey dan DCT dan mendapat persetujuan Universal. Hala tuju muziknya harus sama, konsepnya harus selaras dan bukan sekadar memasukkan lagu2 yang pernah dirakamkan untuk dijadikan 10 lagu dalam 1 album. Berbeza dengan Lebih Indah kerana lagu itu adalah lagu pertama yang diciptakan untuk album baru ini.


Semoga semua pihak di luar sana jelas meskipun jika pihak lain, kami kira tidak melayan desas desus atau menjawab seperinci begini. Atas dasar tanggungjawab dan pihak kami tidak dihujani pertanyaan, kami menjawabnya.Terima kasih semua.”

Itu dia penjelasan panjang lebar dari pihak SNP. Walaupun album ini di keluarkan di bulan Ramadan, ternyata ia bukan suatu halangan untuk peminat mendapatkan album ini. All the best Dato Siti!

Sumber

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)