Rindu dengan Bryan Nickson Lomas

7:26 PM Ruzend Mohamad 0 Comments


Cam tak yang mana satu Bryan Nickson? Hahaha..
Tajuk story semacam jer kan. Aku ulas tentang berita sukan semalam punya, hari Khamis, 2 Januari 2014.
Dia salah seorang idol atlet sukan dalam hidup aku sebab time skolah dulu aku rajin terjun sungai..
Gambar ni aku sempat ambil dengan Bryan semasa temu ramah untuk majalah.
Kiranya sebelum balik Penang sempatlah berjumpa dengan dia.
Walaupun dia pakai seluar dalam ja semasa latihan atau perlawanan but dia sangat pemalu okie.. ^^,


“TIPU jika saya tidak rindu pada sukan terjun kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada diri saya.”
Itu reaksi bekas penerjun elit negara, Bryan Nickson Lomas ketika mengulas hasrat ketua jurulatih, Yang Zhuliang yang mahu memujuknya kembali menggegar kolam renang.
Bagaimanapun, pakar acara 10 meter platform itu tetap dengan keputusan yang telah dibuat sebelum ini - mahu menumpukan pengajian dalam bidang Sains Sukan di Universiti Malaya (UM).
“Secara jujur, saya memang ada perancangan (kembali menyertai skuad terjun negara) tetapi semuanya selepas habis belajar. Hanya dua tahun lagi dan sekiranya semuanya berjalan lancar, saya akan tamat pengajian pada 2015.

“Jika peluang masih ada, sudah tentu saya mahu kembali ke kolam dan merealisasikan impian untuk layak ke Sukan Olimpik 2016. Namun, semua itu bergantung kepada keadaan,” kata Bryan.
Bryan menjelaskan, dia juga tidak akan berasa menyesal kerana tidak menyertai dua temasya besar tahun ini - Sukan Komanwel di Scotland dan Sukan Asia di Korea Selatan.
“Berilah peluang kepada muka baharu. Potensi mereka juga bagus dan kejohanan antarabangsa ini adalah peluang terbaik untuk mereka membuktikan kemampuan masing-masing.
“Lagipun, sekiranya saya sertai Sukan Komanwel atau Sukan Asia, saya mungkin terpaksa menangguhkan pengajian. Jadi, lebih baik saya turut serta,” katanya.
Dalam laman sosial Twiter miliknya, Bryan secara bergurau berkata, dia kini sudah ‘tua’ dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada pengajian.
“Tahun ini saya akan berusia 23 tahun dan mungkin saya akan kembali ke kolam apabila berusia 26 tahun. Memang saya masih boleh terjun lagi ketika itu tetapi untuk mencapai tahap kesukaran, saya terpaksa bekerja keras.
“Mungkin juga ia akan menjadi lebih sukar berbanding sekarang kerana banyak muka-muka baharu dan saya terpaksa bersaing dengan mereka,” ujar Bryan.
Bryan menjelaskan, bagi melepas rindu dalam arena terjun, dia kini membantu melatih atlet muda yang berada di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Selangor.
“Ia sebahagian perancangan saya selepas berumur 30 tahun nanti. Bukan itu saja, saya juga berhajat mahu membuka akademi terjun sendiri di Sarawak.
“Apa yang penting sekarang, saya mahu tamatkan dahulu pelajaran saya,” jelasnya yang telah membuat tiga penampilan di pentas Sukan Olimpik.

Artikel Penuh: Kosmo

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) jenaka (1) joke (8) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (39) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)