1001 Manfaat Bawang Putih dan Kandungan Gizinya

9:51 AM Ruzend 0 Comments


Bawang putih banyak digunakan sebagai ramuan asas memasak yang tidak boleh ditinggal dalam setiap masakan. Akan tetapi, selain digunakan sebagai ramuan masakan, bawang putih juga berkhasiat sebagai ubat-ubatan untuk berbagai macam penyakit.

Bawang putih dalam keadaan mentah mengandungi senyawa sulfur termasuk zat kimia bernama Alliin. Ketika bawang putih dimemarkan/dihaluskan, zat aliin yang sebenarnya tidak berbau akan terurai. Dengan dorongan enzim Alinase, Aliin terpecah menjadi Alisin, Amonia, dan asam piruvat. Bau tajam Allicin disebabkan kandungan zat Magnesium. Aroma khas ini bertambah menyengat ketika zat Magnesium (sulfur) dalam alisin diterbangkan ammonia ke udara, sebab ammonia mudah menguap. Senyawa alisin berkhasiat menghancurkan pembentukan pembekuan darah dalam arteri, mengurangi gejala diabetes dan mengurangi tekanan darah.

Selain alisin, bawang putih juga memiliki senyawa lain yang berkhasiat ubat, iaitu alil. Senyawa alil paling banyak terdapat dalam bentuk dialil-trisulfida yang berkhasiat memerangi penyakit-penyakit degeneratif dan mengaktifkan pertumbuhan sel-sel baru.

Nilai Kandungan Gizi Bawang Putih Mentah per 100 g (3.5 oz)
  • Tenaga 623 kJ (149 kcal)
  • Karbohidrat 33,06 g
  • Gula 1.00g
  • Diet serat 2,1 g
  • Lemak 0,5 g
  • Protein 6,39 g
  • Beta-karoten 5 mg (0%)
  • Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
  • Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
  • Asam pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
  • Vitamin B6 1,235 mg (95%)
  • Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
  • Vitamin C 31.2 mg (52%)
  • Kalsium 181 mg (18%)
  • Zat Besi 1,7 mg (14%)
  • Magnesium 25 mg (7%)
  • Fosfor 153 mg (22%)
  • Kalium 401 mg (9%)
  • Sodium 17 mg (1%)
  • Seng 1,16 mg (12%)
  • Mangan 1,672 mg
  • Selenium 14.2 mg

Sumber: USDA Nutrient database

Nah, setelah kamu mengetahui kandungan yang terdapat dalam baunya bawang putih, maka kamu perlu tahu juga apa saja manfaat dan khasiat bawang putih. Berikut ini penjelasannya.

1. Mencegah Kanser
Bawang putih mengandung antioksidan yang dapat membantu mencegah kanker. Jika Anda adalah perokok berat, Anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanker.

2. Anti Radang
Bawang putih mengandung anti-peradangan. Sehingga jika kamu mengalami demam, atau sakit kerengkung, cukup hanya mengunyah bawang putih dan hasilnya kerengkung kamu akan segera kembali baik.

3. Anti Bakteria
Bawang putih juga merupakan anti-bakteri yang baik. Apabila Anda mengalami infeksi pencernaan, maka campurkan cacahan bawang putih mentah di dalam salad. Pencernaan kamu pun akan semakin lancar.

4. Menyuburkan rambut

Bawang putih dapat mengatasi masalah keguguran rambut. Dengan kandungan Allicin yang tinggi, mirip senyawa magnesium yang didapati pada bawa merah, yang dipercayai berkesan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan irisan ulasan bawang putih pada kulit kepala lalu pijat-pijat untuk mendapatkan hasil yang maksimal. Boleh juga ditambahkan minyak pada bawang putih, kemudian dipijatkan ke kepala.

5. Membersihkan jerawat
Mungkin tidak ditemukan sebagai bahan utama dalam ubatan jerawat yang ada di farmasi, tetapi bawang putih merupakan ubat semulajadi yang mampu menghalang jerawat kerana ia mengandungi antioksida yang dapat membunuh bakteria. Gosokkan satu hirisan bawang putih pada jerawat di wajah perlahan-lahan.

6. Mencegah dan mengubati selesema
Dengan kandungan antioksida di dalamnya, ia menjadikan sistem imun tubuh manusia mendapat manfaat jika bawang putih secara konsisten di masukkan dalam menu harian. Jika selesema menghampiri, cubalah menghirup teh bawang putih : masukkan hirisan atau cincang halus bawang putih dalam air panas untuk beberapa minit kemudian tapiskan. Teh sedia untuk diminum. Dapat juga ditambahkan sedikit madu atau halia untuk menambah rasa.

7. Menyembuhkan penyakit kulit
Kerana telah terbukti memiliki khasiat anti radang, bawang putih berfungsi mengurangkan jangkitan kulit. Cuba sapukan sedikit minyak bawang putih di kawasan infeksi untuk hasil kulit yang lebih halus.

8. Mengawal berat badan

Ahli gizi Cynthia Sass menyatakan penelitian pada tikus yang makan bawang putih menunjukkan adanya pengurangan berat badan dan penyimpanan lemak. Cubalah untuk masak masakan yang lazimnya menggunakan bawang putih untuk menghasilkan makanan yang lazat dan pinggang yang ramping.

9. Mengatasi Keracunan
Antioksida yang terkandung di dalam bawang putih juga mampu membantu membuang racun dari dalam tubuh. Manfaat ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, namun juga dapat membantu memperlambatkan proses penuaan dini.

10. Meredakan Kesakitan
Jika kamu menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian tekankan pada bahagian lutut atau tulang yang sakit. Bawang putih akan meredakan kesakitan tersebut. Insyaallah.

11. Bantuan Pertama Keracunan Merkuri
Keracunan akibat merkuri atau arsenik juga dapat diringankan dengan mengunyah bawang putih mentah. Namun, bantuan ini hanya berfungsi sebagai pertolongan pertama saja. Segera dapatkan rawatan intensif daripada doktor jika kamu mengalaminya.

12. Menyembuhkan luka serpihan
Letakkan sepotong bawang putih di atas luka serpihan kaca kemudian tutupkannya dengan balutan perban merupakan ubatan tradisional yang telah lama digunakan oleh sebahagian masyarakat. Para blogger meyakini akan hal tersebut sampai sekarang.

13. Menghilangkan Gatal Akibat Cendawan
Dengan sifat anti-cendawan, bawang putih dapat menjadi ubat yang mujarab bagi atlit untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendam kaki dalam tas berisi air hangat dan cincangkan bawang putih.

14. Menghalau Nyamuk
Salah satu penelitian di India menemui bahawa orang yang menggosokkan ramuan bawang putih di lengan dan kaki mereka, tidak terganggu oleh serangga penghisap darah tersebut. Buatlah larutan minyak bawang putih, minyak jeli dan lilin lebah atau tempakan seulas bawang putih di tempat tertentu sebagai penangkal nyamuk.

15. Menyembuhkan Ulser
Menurut laman ECOSALON, bawang putih mengandungi supplemen yang dapat membantu proses penyembuhan pada masalah ulser. Dengan adanya sifat semulajadi anti-inflamasi membantu mengurangkan rasa sakit dan pembengkakkan.

16. Zat Pelekat Semula Jadi
Pernahkah kamu perhatikan bagaimana melekitnya jari kamu setelah memotong bawang putih? Bawang putih mengandungi bahan pelekat semulajadi yang berkualiti dimana banyak orang meyakini dan menggunakannya untuk memperbaiki keretakan pada bahan kaca. Hancurkan beberapa cengkeh dan beberapa ulas bawang putih kemudian sapukan bahan tersebut pada bahagian yang akan dilekatkan.

17. Mengusir Hama Tanaman
Hama tanaman tidak suka bawang putih. Gunakanlah racun serangga semulajadi yang dibuat dari bawang putih, minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam tangki semburan dan semburkan ke tanaman.

18. Campuran Umpan Pancing
Bagi kamu yang suka memancing, gunakanlah bawang putih sebagai campuran umpan. Ikan sangat tertarik dengan aroma bawang putih yang ditautkan pada umpan.

19. Melancarkan Peredaran Darah
Mengunyah bawang putih merah juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.

20. Mengatasi Diabetes
Apabila kamu mengalami penyakit diabetes, bawang putih juga baik untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Manfaat bawang putih yang disebutkan di atas hanya sebagian kecil saja dari 1001 khasiat yang terkandung pada bawang putih. Mengingat banyaknya manfaat dari si putih ini, ada baiknya kita selalu menyimpan bahanpersediaan bawang putih di dapur. Tidak perlu bimbang jika ia jadi busuk, kerana bawang putih termasuk dalam bahan dapur yang tahan lama asalkan disimpan di tempat yang kering.

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (38) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)