Di Pintu Takabbur Hamba Tersungkur : Solusi 21

3:52 PM Ruzend Mohamad 0 Comments


Salam ukhuwwah.



Catatan kali ini Nik cuba selitkan tentang keagamaan pulak. Yelah, sebagai menghormati bulan Ramadhan. Sedarkah kita bahawa apa yang terjadi kepada kita selama ini ada hikmahnya terutama pada bulan Ramadhan. Pernahkah kita terfikir untuk berubah?



Catatan kali ini adalah ulasan peribadi saya tentang pemahaman saya bagi isu 21 Majalah Solusi : Melebur Takabbur.



Meminjam ayat permulaan dari Ketua Editor majalah ini,Ustaz Pahrol Mohamad Juoi katanya:

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah S.W.T.Tidak ada sesiapapun yang boleh mencabar-Nya.Orang yang takabbur pasti lebur.Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat.Ini ditegaskan sendiri olehNya melalui sebuah hadith Qudsi:

Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Allah berfirman:KESOMBONGAN ADALAH SELENDANGKU DAN KEBESARAN ADALAH SARUNGKU.MAKA SESIAPA YANG BERSAING DENGANKU PADA SALAH SATU DARIPADA KEDUA-DUANYA,MAKA PASTI KULEMPARKAN IA KE NERAKA JAHANNAM(Riwayat Abu Daud no 4029 dan Ibn Majah no 4147).

Jelas di sini,takabbur merupakan kepala kepada segala sifat mazmumah(sifat yang keji).Dari sikap sombong maka lahirlah penyakit perasan yang lain seperti marah,hasad,ujub(bangga diri)riyak(menunjuk-nunjuk),tamak,bakhil dan lain-lain lagi.

Sejarah:
Takabbur bukan sekadar ada pada zaman ini.Al Qur'an telah membuktikan bahawa Syaitan,Firaun,Namrud hatta Yahudi laknatulllah telah menolak kebenaran dalam keadaan mereka tahu akan kebenaran itu.Tentang kekuasaan Allah.Tentang jatuh-bangun mereka di tanganNya.

Kesombongan iblis ketika mana Allah memerintahkannya sujud kepada Adam A.S adalah kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk ciptaanNya.Iblis enggan untuk sujud hormat kepada nabi Allah Adam atas kesombongannya yang merasakan "aku lebih baik darinya".Itukan satu simptom takabbur.Enggan meraikan perintah Allah yang menciptakan.Kerana apa?Kerana merasakan dirinya lebih hebat dari Adam kerana dia diciptakan daripada api sedang Adam hanyalah dari segumpal tanah.Penyakit ini bukan sekadar terhenti di situ,malahan telah menjangkiti hati manusia juga....masyaAllah.

Maka kesombongan itu tidak terhenti di situ juga.Ia dicambahkan pula dalam hati anakanda nabi Allah Adam iaitu Qabil.Qabil mengikut jejak langkah iblis yang sombong,lantas beliau sombong untuk patuh pada perintah Allah untk menikahi pasangan yang telah ditetapkan.Padanya,ayahanda beliau pilih kasih,tidak adil dan merasakan dirinya lebih layak untuk menikahi si cantik yang dipadankan dengan adindanya Habil.Kesombongan itulah yang telah menjadi mala petaka besar sehingga terciptanya sejarah jenayah pertama di muka bumi.

Tidak cukup sampai di situ,iblis meneruskan perjuangannya untuk merekrut lebih ramai protege.Iblis menjadi mentor yang paling mantap sehingga lahirlah lebih ramai pelajar akademinya dinobatkan takabbur termasuklah Fir'aun,Haman,Qarun,Nmarud Abu Jahal dan lain-lain lagi(sekadar menamakan beberapa nama).

Golongan inilah yang telah banyak menentang kebenaran yang dibawa oleh para Rasul,ulama' serta mujahid Islam kerana golongan ini merasakan fikiran,keturunan,harta dan diri mereka lebih baik dan mereka tidak layak untuk menerima ajaran mereka yang cumalah pembuat besi,pengembala kambing,orang miskin serta yatim kelana.Dari situlah timbulnya Zionis Yahudi yang mengiktiraf diri mereka sebagai ummat pilihan.Umat yang lain hanya kambing tunggangan.Maka di situlah mereka merasakan merekalah yang paling layak memerintah,menguasai dunia serta menginjak-injak bangsa lain.Kalaulah bukan kerana takabbur,maka tidak akan begini jadinya.

Definisi Takabbur:
Manusia yang mempunyai potensi untuk dijangkiti penyakit takabbur ialah mereka yang merasakannya dirinya lebih mulia,lebih baik,lebih bagus dan orang lain kurang mulia,kurang baik dan kurang bagus.Definisi yang diberi oleh Rasulullah dalam riwayat Muslim no 275:Takabbur ialah...."sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina makhluk"..

Ulama' menjelaskan ada tiga ciri utama individu yang takabbur:

-MERASA DIRI LEBIH BAIK
-MENGHINA ORANG LAIN
-MENOLAK KEBENARAN

Ketiga-tiga sifat itu menyerang manusia dalam bentuk pakej iaitu sekaligus secara serentak datangnya.Ia berkaithubung di antara satu dengan yang lain.Sangat akrab dan erat jalinannya.Ini kerana,apabila merasakan dirinya lebih mulia,baik dan bagus maka secara tidak langsung akan terbit kecenderungan merasakan orang lain itu hina,tidak bagus dan buruk-buruk belaka.Hm....jadi lama-kelamaan ia boleh memakan diri sehingga timbul obses terhadap diri sendiri.Terus tidak lagi mahu mendengar saranan,nasihat serta teguran dan pandangan orang lain atas perasannya yang terlampau itu.

Takabbur tidak sama dengan menjaga harga diri yang terpuji.Ini kerana orang yang mempunyai harga diri memandang dirinya tinggi kerana Islam bukan atas sebab-sebab kehebatan dirinya.Mereka yang mempunyai harga diri atau maruah yang tinggi selalu berfikiran positif iaitu dengan merasakan dirinya mampu,yakin serta berhak berjaya dalam segala lapangan yang diceburi bersandarkan keyakinannya kepada Allah semata-mata.

Selain itu,orang yang mempunyai maruah diri yang tinggi akan sangat menghargai orang lain yang berada di sekelilingnya.Orang sedemikian melihat dunia ini sebagai medan perkongsian untuk menuju akhirat yang abadi.Orang yang melihat perkongsian untuk berlumba-lumba untuk membuat kebajikan dan pahala semata.Begitulah lagaknya para rasul,siddiqin serta para syuhada' juga orang soleh,mereka mempunyai harga diri yang tinggilah memupuk sifat tawadauk yang meleburkan takabbur.

Sejarah Islam menunjukkan harga diri dan takabbur bertembung antara satu sama lain.Mereka yang tunduk dengan Islam adalah mereka yang tinggi keyakinan pada Allah dan tinggi harga dirinya.Sedang mereka yang menentang tinggi pula sikap ketakburannya.Maka lihat dua garis yang memisahkan antara kedua-dua sifat ini dan usahlah kita tertipu.

Tanda-tanda takabbur:

1-Tidak suka Berdoa
Doa merupakan lambang kehambaan kepada Allah.Apabila rasa kehambaan,maka akan 
timbul rasa mengharap dan meminta.Maka berdoalah kerana itu melahirkan rasa hina,lemah malu,jahil serta miskin lagi berdosa.

2.Mudah Terluka dan Melukakan Hati Orang Lain
Ungkapannya penuh dengan kebanggaan.Orang yang ego lagi takabbur sering menghiris hati orang lain dengan kata-katanya.Asal berkata sahaja menyekit....menghiris-hiris perasaan orang yang mendengarnya.Percakapannya selalu sinis dan tidak kurang memperlecehkan orang lain.Selain itu,orang takabbur juga mudah terasa hati,rasa tersindir juga mudah dilukakan.Orang sebegini mudah melenting dan naik hantu biarpun atas sebab yang remeh-temeh.Biasanya orang sebegini menjadi duri dalam daging yang meracuni persaudaraan,meretakkan persahabatan malahan membubarkan perkahwinan.

3.Sukar Memberi dan Meminta Maaf
Orang takabbur sukar memmberi kemaafan kepada orang lain dan dalam masa yang sama sukar sangat untuk meminta maaf.Jangankan melupakannya,memberi maaf pun jauh sekali.Allahu akbar.Kalaulah dia mempunyai daya dan kemampuan,teringin sangat membalas dendam terhadap perlakuan buruk orang lain terhadapnya.Besar sangatkah kita untuk tidak memaafkan?Sedangkan nabi ampunkan ummat,sedangkan Allah ampunkan hambaNya.Masya Allah.

4.Memotong Cakap Orang Lain
Ini lagi satu masalah problem dengan orang takabbur.Sikapnya suka didengar berbanding mendengar.Orang belum habis bercakap sudah dipotongnya.Kalau iapun,raikanlah orang lain nak bercakap juga kan.Apa salahnya dengar,sampai selesai.Lepas tu,ambillah giliran pula.Kalau tak,tak payah bercakap dengan manusia,cakap aje la dengan kucing,bukit atau meja.Tiada siapa yang akan menang dengan kamu!

5.Gila Kuasa dan Jawatan:
Takabbur akan melahirkan sikap yang gila kuasa.Sentiasa ingin jadi pemimpin.Malangnya jika orang sebegini jadi pemimpin amat menyesakkan bagi yang berada di bawah pimpinannya.Arahannya kasar.Sikapnya sering mendabik dada dan merasakan pencapaian sesuatu organisasi atau badan adalah atas usaha dan pencapaian agungnya sebagai pemimpin.Ceh!Perasan sungguh!

6.Cara Berpakaian dan Berjalan yang Angkuh:

"Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong,sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan engkau sampai ke gunung"-Al Isra':13


Ini tempelak kepada mereka yang sombong dan angkuh.Rasa hati yang ingin menunjuk-nunjuk dan berbangga diri dengan pakaian itu haram hukumnya.Begitu juga kalau berjalan asyik mahu di depan aje malahan suka pula diiringi orang membuntutinya.Berpakaian indah tidak salah,tapi agak-agaklah jangan sangat ketara dikesan sikap sombong disebabkan pakaiannya itu.

7.Gila pujian:
Apabila seorang itu gila pujian,maka dia tidak akan mendengar perkara yang sebenarnya.Misal kata jika pemimpin atau ketua penuh dengan sifat gilakan pujian maka yang bakal didenagr olehnya cuma yang'baik-baik sahaja".Maka timbullah suasana kipas-mengipas dan budaya membodek boss dan sebagainya.Jika sudah namanya membodek,maka tidak lagi adanya keadilan dan kejujuran dalam kepimpinan.Puji itu boleh,tapi jangan melampau-lampau.Supaya puji tak timbul keji:)

8.Bencana yang Menimpa Pesaingnya Dianggap Hasil Kelebihan Dirinya:
Astaghfirullah al 'azim!Siapa kita untuk membuat penilaian terhadap untung-nasib orang.Sikap buruk ini sering hinggap pada orang yang kuat beribadah dan takabbur pada ibadahnya.Kononnya kecelakaan yang terjadi pada lawannya adalah sebab karamah dan ketulahannya....Masya Allah....

9.Tidak suka Berziarah:
Antara lain sikap orang yang takabbur ialah tidak suka menziarahi orang lebih-lebih lagi orang yang di bawahnya.Contohnya seorang ketua kepada orang di bawah pimpinannya.Seorang bapa saudara terhadap anak saudaranya malahan orang kaya kepada orang miskin dan dianggapnya lebih hina atau rendah statusnya.Mungkin setakat membantu orang fakir orang takabbir mampu lakukan,namun untuk menziarahi sangatlah susah,payah sama sekali!

Demikianlah sebahagian pemahaman dan bahasa mudah yang boleh saya terjemahkan tentang definisi,ciri-ciri tanda-tanda takabbur.Pada lain ketika saya akan cuba kongsikan pula punca-punca dan Cara Mengatasi Sifat Takabbur.

Malang sekali jika kita mempunyai sifat takabbur tetapi kita tidak menyedarinya apatah lagi cuba untuk mengatasinya.Hasilnya ramai orang merasakan orang lain takabbur sedangkan dialah yang memiliki sifat itu,na;uzubillah.

Mudah-mudahan kita berusaha menjauhi sifat takabbur.Kalau ada,marilah sama-sama kita kikis sedikit demi sedikit.InsyaAllah tidak ada usaha yang akan disia-siakan Allah.





You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (38) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)