Andai Ku Bercinta Lagi : Lagu Baru

4:00 PM Ruzend Mohamad 0 Comments

Mojo merupakan produk terbaharu daripada KRU Music,mempertaruhkan konsep synth-rock sebagai identiti muzik mereka.Anggotanya terdiri daripada bekas finalis One In A Million musim ketiga, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer dan penerbit ternama, Edry Abdul Halim sebagai pemain synthesizer.

Posisi pemain dram Mojo pula diduduki oleh Johar Lucas yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tilu. Melengkapkan keahlian Mojo seramai empat orang ialah pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman, Denny.

"Mojo bakal memperkenalkan era baharu muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan legenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin," ujar Edry

Ditanya apakah maksud Mojo, kata Edry, ia membawa maksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor iaitu sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa.

Tambahnya: "Kekuatan Mojo bukan sahaja pada nama, tetapi juga menerusi single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan Mojo ke arena seni muzik tanah air yang berjudul, Andai Ku Bercinta Lagi.

Menurut Edry lagi, Mojo kini sedang dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun ini.

Katanya: "Namun, penantian terhadap album penuh itu didahului dengan kemunculan album mini (EP) pertama Mojo yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Andai Ku Bercinta Lagi ciptaan saya sendiri, Agar Tetap Indah yang dicipta Denny dan Mimpi hasil nukilan Johar.

"EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep muzik synth-rock Mojo kepada peminat seni tanah air. Semoga kehadiran Mojo mampu memberi aura yang berbeza dan mempelbagaikan genre muzik Malaysia."




You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (38) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)