Spesifikasi Proton Preve P3-21A

7:29 PM Nick 0 Comments


Kita layan koleksi gambar proton baru ini dulu

  Spesifikasi penuh model global terbaru Proton P3-21A seperti mana yang selalu kita lihat di dalam brochure akhirnya telah didedahkan. Model tersebut tersedia dalam 3 varian utama iaitu Executive Manual, Executive CVT dan Premium CVT, kesemuanya hadir dengan enjin bersesaran 1.6 liter.
Bagi model Executive Manual, ia dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan, manakala Executive CVT dipadankan transmisi CVT 6-kelajuan. Kedua-dua varian dilengkapi enjin CamPro IAFM+ dengan kuasa 107hp@5,750rpm dan 150Nm@4,000rpm tork maksimum. Secara jelasnya varian Executive tidak dilengkapi enjin dengan sistem berteknologi turbo CFE.
Bagi varian tertinggi iaitu varian Premium CVT, ianya dilengkapi enjin CamPro CFE dengan bantuan sistem turbo yang menghamburkan kuasa puncak setinggi 138hp@5,000rpm dan 205Nm tork maksimum pada putaran enjin seawal 2000rpm sehingga 4,000rpm. Teknologi pertukaran gearnya antara yang paling mengujakan apabila hadir dengan transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic yang lancar dan senyap.
Mengikut data dari Proton, tahap penggunaan bahan api petrol bagi P3-21A Executive Manual dan Executive CVT masing-masing dicatatkan pada angka 6.1L/100km dan 5.8L/100km bagi pemanduan malar 90km/j, yang saya kira adalah menjimatkan. Varian Premium CVT pula mencatatkan angka 6.5L bagi setiap perjalanan 100km, sedikit tinggi kerana ianya menggunakan sistem soft-turbo bagi menghasilkan kuasa tork enjin yang lebih tinggi.





Antara ciri-ciri lain ialah sistem stereng berkuasa (power steering) P3-21A hanya dilengkapi teknologi hidraulik (Hydraulic power steering) dan bukannya ciri eletrik (Electric power steering), agak mengecewakan namun saya percaya stereng hidraulik tersebut mempunyai prestasi hampir sama seperti stereng eletrik.
Sistem suspensi pula menyaksikan Proton menggunakan Macpherson Strut di depan dan Multilink dengan bar penstabil (Multilink with stabilizer bar) di bahagian belakang. Menariknya semua varian dilengkapi brek cakera di roda depan dan belakang, sebelum disudahkan dengan rim dan roda bersaiz 205/55 R16.
Secara keseluruhannya, Proton P3-21A mempunyai saiz yang agak besar pada ukuran panjang 4,543mm, lebar 1,786mm dan tinggi 1,524mm. Jarak roda (wheelbase) pula sepanjang 2,650mm. Berat (kerb weight) keseluruhan P3-21A Executive Manual ialah 1,305 kg, sementara Executive CVT 1,325 kg dan 1,340 kg untuk varian Premium CVT.
Menurut maklumat, anggaran harga Proton P3-21A telah ditetapkan dari RM62K sehingga RM75K, seperti mana telah diumumkan oleh DSZ kelmarin di Proton Power of 1. Harga sebenar dijangkakan lebih rendah dan akan diumumkan sewaktu majlis pelancaran rasmi nanti yang dijadual bakal diadakan pada awal bulan April 2012.
Bagi yang berminat, tempahan Proton P3-21A kini sudah dibuka di seluruh negara, dengan yuran tempahan hanya serendah RM500.00 sahaja.



You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)