Sinopsis Filem SONGLAP

11:39 PM Nick 2 Comments

Macam zaman skolah plak. cikgu suh buat sinopsis lepas tonton movie Aku Anak Timur, form5 dulu.
Dah tengok tu, memang NIK boleh kasi 2 bintangla. For me la. Kalau korang 3 bintang kot.

Movie SONGLAP ni storie pasal sepasang adik beradik AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang terlibat dalam sindiket menjual bayi.
Mereka ni hidup dalam keadaan miskin. AM mempunyai tabiat berjudi/bertaruh dan AD pula terpengaruh dengan aktiviti sosial rakannya. Ad berminat untuk sertai program realiti (BBoy dancing) untuk memenangi RM50k. Setiap bayi dijual pada harga KILO* bayi dilahirkan. Contohnya 3.2Kg bayi yang dilahirkan akan dijual pada harga RM32K.

"Paling menyayat hati kawan baik Ad, Razak meninggal selepas tidur kerana mengambil dadah melebihi dos. Ketika itu Ad baru pulang membeli makan untuk Razak dan Ad menyedarinya apabila Ad ingin mengejutkannya dari tidur. Ad terkejut dan tak dapat lakukan apa-apa untuk selamatkan kawan baik dia sendiri terus meninggalkannya"
Babak Ad dan Razak yang sedang melepaskan perasaan di port diorang
Malam sebelum Razak meninggal, dia ada ceritakan kisah adiknya, Hawa. Ketika tu, Razak sedang khayal dengan dadah yang disuntik dia tu.
"Razak jual RADIO KASET teksi kereta bapak dia untuk beli dadah"
Hawa dalam usia muda sedang mengandungkan seorang anak luar nikah hasil hubungan dengan? Selepas kematian Razak, adiknya (HAWA) merancang untuk tinggalkan rumah keluarganya pulak. Kesian aku tengok raut wajah mak Hawa **bukan boleh tengok muka orang susah sedih ni
Hawa tinggalkan rumah untuk mencari kakaknya di Pahang tetapi terkandas di stesen bas, KL. Kebetulan pada masa tu juga, HAWA didatangi seorang perempuan yang digelar Mama (Raja Nor Baizura) iaitu perempuan yang terlibat dalam sindiket menjual bayi dan manusia.
   Hawa dibawa Mama ke kedai makannya dan meyakini Hawa tentang rancangannya. Mangsa sasaran adalah si Ibu yang tidak mahukan anaknya/luar nikah. Mama memanggil Am dan Ad untuk membawa Hawa ke tempat sindiket mereka. Setiap wanita yang bersalin dilayan dengan elok disaat menunggu anak untuk dilahirkan.
    Ad kerap berjumpa dengan seorang GRO yang bekerja di pusat pelacuran. Ad sesring memerhati GRO tersebut dan suatu masa dia beranikan diri untuk masuk masuk ke sarang pelacuran tersebut. Seorang bapak ayam dilakonkan oleh Fauzi Nawawi. Ad membayar GRO tersebut untuk bersembang dan bercerita dan bukannya untuk melakukan seks. Menyedari perkara itu, Am memarahi Ad kerana sering berjumpa GRO tersebut yang merupakan ibu mereka. Mereka dilahirkan tanpa rela oleh ibu mereka dan menyebabkan mereka terbabit dalam sindiket menjual bayi.
    Semasa Ad ingin membersihkan bilik Hawa, Ad ternampak sueter kepunyaannya (yang tertinggal pada arwah Razak) pada Hawa. Dari situlah Ad mengenali adik Razak, Hawa dan nekad untuk menyelamatkannya dari menjadi mangsa sindiket Mama. Banyak adegan yang mencemaskan bermula dari sini. 

   Setelah bayi Hawa selamat dilahirkan, Am dan Ad diminta oleh Mama untuk menjual bayi tersebut dan Ad terlebih dulu menyelamatkan Hawa dan bayinya daripada didagangkan dan disembunyikan sementara di sebuah bilik tumpangan.Sementara itu Am dibelasah kerana tindakan adiknya itu.
   Dalam masa yang sama, ayah Hawa terserempak dengan Ad dan mengekorinya kerana dia memakai sueter milik arwah Razak. Ayahnya mengekori dari tempat mereka sembunyikan diri sehinggalah ke stesen bas untuk ke Pahang bertemu kakak Hawa. Ayah Hawa memunculkan diri di hadapan Ad dan bertanyakan tentang anaknya itu. Ad dibelasah bapa Hawa kerana merahsiakan anaknya itu sehinggalah Hawa memunculkan diri untuk menyelamatkan Ad daripada dicederakan/dibunuh bapanya. Ayahnya meminta bayi tersebut daripada Hawa. Hawa yang sedih dengan tragedi menimpanya, dengan tidak sengaja tertikan bapanya dengan botol kaca yang pecah. Bayi yang dilahirkan Hawa adalah hasil hubungan sulit dengan bapanya. **hawa dirogol bapanya. 

   Dalam masa yang sama, Am dikejar penjahat yang menyembelih konconya sebelum ini. Adegan kejar mengejar ni memang mencemaskan dan berpihak kepada Am. Dia terselamat dan rakannya datang mengelar penjahat tersebut. Am terus berlari mendapatkan Ad dan Hawa di perhentian bas tapi gagal. Am tertinggal bas tersebut dan END of MOVIE.




pee ass : sori, NIK tak pandai nak bercerita.

You Might Also Like

2 comments:

Anonymous said...

sinopsis yg amat amat besh . thanks awk .

Encik Ruzend said...

Sama.. thanks sudi baca,. Hahax

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (38) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)