Berpisah, apa nak buat?

4:30 PM Nick 0 Comments

Apa yang selalu orang akan buat jika berpisah?
Berpisah yang Nick maksudkan adalah dalam percintaan.. Sebelum tu Nik nak senaraikan antara perkara yang tak profesional yang majoriti orang lakukan jika berpisah.

Yang pertama, bunuh DIRI.
Ni adalah satu tahap kesetiaan percintaan yang tahap paling tinggi ah. Macam janji-janji percintaan, "Sehidup Semati". Mengarut ja semua tu.

Kedua, SIMBAH ASID.
Sebab, kau ingat kau tu cantik dan handsome bolehla mainkan perasaan orang sesuka hati.
Jika aku tak dapat kau, orang lain pon takkan dapat kau jugak. Bahaya sangat kalau memiliki wajah yang segak dan mempunyai orang yang sangat obses dengan kita korang ni. Ni jenis orang yang terlalu obses bercinta disebabkan paras rupa.

Ketiga, CARUT.
Semasa bercinta dulu, banyak janji manis yang ditanam kononnya lautan boleh lemas renangla, gunung boleh panjat didakila. Sembang kalu boleh, Jamban Jambatan Pulau Pinang pon boleh RUNTUH. Tapi kalu orang tua cakap plak, "Bagai menanam tebu di bibir". Cewah! Bila dah berenggang, kolam mandi budak-budak pon boleh lemas. Biasanya orang macam ni tergolong dalam orang yang materialistik ar. Kannnn...

Keempat, SABOTAJ.
Ok fine! Dah jodoh pon tak panjang, redha jer la. Jangan la nak heboh kat orang tentang rahsia percintaan masing-masing. Biasa la kan, banyak yang dah terlanjur! Story mory abes sampai ke akar. Tu belum lagi yang kes sampai REKOD video ranjang bersama. Sampai Nik pon sempat tengok. Ish! Dahtu, memandangkan da ada Facebook, post la macam-macam. Sekalipun Nik ada gambar terlarang, tak terlintas pulak nak sabotaj kan. Yang malangnya, nama jer pompuan, ada rupa yang cantik, tapi sekali mencarut, mengalahkan aku. Na'uzubillah. Sabor jer la. Paras rupa yang Tuhan kurniakan tu cumalah pinjaman. Dengan sekelip mata, Tuhan boleh tarik balik semua tu.

Kelima, EJEKAN THIRD PARTY.
Ada jugak kan kategori jenis ni? Camna tuh? Lebih kurang menyindir la. Sindiran tak diajukan DIRECT, cuma DIAJUKAN secara PERSONAL ATTACK. Pedas la kalau kena. Belajar tinggi-tinggi, BODOH dalam bercinta tak guna jugak. Sebabnya menilai sesuatu benda dari segi yang negatif. Ingat kan kata-kata yang seumpama ni, "Jangan fikir tentang apa yang dia dah lakukan kat kita, tapi fikir tentang apa yang dia korbangkan kat KITA.

Keenam, MENGUNGKIT.
Ni yang susah! Seolah-olah ia mempersoalkan keikhlasan yang kita janjikan dulu. Hubungan yang diikat dengan keikhlasan akan abadi selamanya.

Ketujuh pulak, MENANGIS.
Kompom ah kalu dah bercinta tu, mesti menangis kan. Tak kisah la laki tu tuff macam mana pon. Kalu da putus cinta, menangis jugak. Melainkan laki tu MONEY BOY atau GIGOLO. Kenapa nangis? Orang yang bercinta jer tahu kan. Nangis tandanya kita sayang sangat pada pasangan kita. Menangis mengenangkan suka duka, makan minum, bergelak ketawa dan semuanya bersama-sama. Menangisla sepuas-puasnya jika anda berasa kecewa. (kalu segan nak nangis, p dok dsalam hutan nangis puas-puas)

Ingat! Cuma tuhan saja yang layak memberikan balasan kepada umatnya.
Jika kita membalas dendam, KITA tak ubah seperti dia. Bahkan lebih teruk daripada dia. Tuhan saja yang perlu kita harapkan untuk buatkan dia sedar dan faham perasaan kita.
Kita cuma perlu bersabar dan terus bersabar. Yakinlah bahawa Allah akan memberi ujian kepada umatnya yang dapat bertahan dengan ujianNYa.
Hubungan yang terlarang takkan dapat pergi jauh.

Tapi perkara yang profesional cuma satu ja, dan jarang ada yang lakukan.
Iaitu REDHA jer dengan perpisahan dan anggap tu semua cumalah ujian dari tuhan dan jodoh tak kemana. Anggap bekas kekasih seperti kawan kita.

Akhir sekali Nik nak cakap, JIKA Nik ada sakitkan ati sapa-sapa TOLONG JANGAN simpan dalam hati-hati. Kita berbincang dan selesaikan melalui cara elok. WIN WIN Situation.
Buat masa ni, NIK tak ada masalah dengan sapa-sapa melainkan jika ANDA mempunyai masalah dengan saya. Kalu ada nak luahkan hati antarla mesej kat facebook. Kita gadoh wokeh.. Hahahaha..

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) jenaka (1) joke (8) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (39) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)