Konvokesyen ICT 2011

11:19 PM Nick 0 Comments

21 September 2011 merupakan satu tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar lepasan Diploma, Ijazah dan Sijil yang baru menghabiskan pelajaran mereka pada tahun ini. Siapa yang tak gembira menantikan detik yang penting dalam hidup kita ni. Upacara Konvokesyen ini diraikan di Eastin Hotel, Bayan Lepas yang terletak berhampiran Queensbay Mall. Konvokesyen ini menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Pengurusan USM (42), Diploma Pengurusan USM (123), Diploma Komunikasi USM (24) dan Sijil Pengurusan Perniagaan (2).
  
 Gambar lecturer aku n penasihat akademik aku ni kena taruk besar skit. Nak markah lebeh. -.-"
 
Upacara Konvokesyen ini dirasmikan oleh Y Bhg. Dato' Zainal Bin Hj. Osman yang juga merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. dan turut dihadiri kenamaan lain.
Penganugerahan lain yang diberikan ialah Anugerah Pingat Emas, Azmil bin Zulkifli dan Anugerah Presiden 2011, Zurfatin Assheila bt Zulkiple yang kedua-keduanya daripada Diploma Pengurusan USM. Anugerah Presiden juga dikenali sebagai Anugerah Dekan jika di Universiti lain.

YB Dato' juga ada menyatakan bahawa permohonan UMNO wilayah kepada Perdana Menteri untuk mengambil alih kolej ICT telah dipersetujui Perdana Menteri. Pihak Kementerian masih dalam perundingan yang terakhir untuk pengambil alihan kolej ini. Manfaatnya, prasarana ICT akan dinaik taraf, jumlah bidang pengajian yang akan ditambah, suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Yang paling penting sekali, PELAJAR akan dapat merasakan suasana belajar yang lebih selesa.

Penerima Anugerah Pingat Emas ada menyebut, "Dimanapun kita belajar mahupun di pelusuk Balik Pulau, kita tetap boleh berjaya jika ingat akan matlamat kita untuk belajar".

"Selepas ini kita akan menempuh dunia yang baru iaitu untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara pula".
 Bergambar bersama para pensyarah yang meletup..

Pesan YBhg Dato' terakhir menyatakan bahawa cukup 21 tahun, jangan lupa untuk mengundi. Tentukan masa depan kita.

Sorryla, Berukband dah berat dan ni jer gambar yang dapat upload wat masa ni. Sesetengah gambar mungkin ada yang tak edit, tak da masa la..

Nak copy, amik DIRECTLY. Tak boleh e-mail atau taruk dalam FB..

BTW tahnniah kat kawan-kawan aku!! JANGAN LUPAKAN AKU!

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)