Etika dan Tatacara berkonvoi

1:02 AM Nick 2 Comments

MARSHAL
1. Zero Marshall/ Leader
2. CONTROL Marshall
3. SWEEPER 
4. TEAM LEADER Marshall
5. ASSISTANT TEAM LEADER Marshall
6. Kenderaan Peserta
7. BACK MARKER Marshall/Last man
8. MEDIK Marshall
9. MEKANIK Marshall



Zero Marshall/Leader

Leader bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. Leader juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan marshall2 lain untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. Leader mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada marshall2 lain untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. Leader juga mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada marshall2 lain untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong Leader kecuali diberi arahan sebaliknya.

Kontrol Marshall

Kontrol adalah penolong kepada Leader. Kontrol mestilah mengagihkan semua arahan kepada Marshall2 lain. Jika Leader tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, Kontrol mestilah mengambil alih tugas Leader. Kontrol jugak mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua Marshall untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

Sweeper

Bilangan kenderaan sweeper bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari  Leader dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. Sweeper akan sentiasa memberikan pertolongan kepada Leader dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada Leader bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya Sweeper dibenarkan untuk berada dihadapan Leader jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah memberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.

Back marker Marshall/Last Man

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada Leader pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecahan dalam barisan konvoi.

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari Leader. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, kontrol akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari Leader.

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada Leader, Kontrol dan Sweeper dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.

You Might Also Like

2 comments:

fahmie firas said...

Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

nickpenang said...

thanks atas feedback... ^^,

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (3) Blackberry (1) bridal (1) contest (2) credit (1) dinner (2) eez (2) events (27) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (62) funny (5) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (65) info sihat (4) islamik (3) jalan jalan (30) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) mandi manda (2) maskulin (4) modeling (7) moto (4) music cover (1) my story (2) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (4) oscar (1) party (1) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (30) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (38) suka-suka (15) Sukan (1) talent (36) TIPS (20) trip (6) tutorial (2) wafi (1) wedding (9) wishes (2) Zoe Hanafiah (1)