Kempen Mari Tangkap Tikus

12:21 AM Nick 0 Comments

Kempen Mari Tangkap Tikus.
100 Ekor = RM240.http://www.emocutez.com


Aku terpikir nak pos entry ni sebab aku tertarik ngan artikel ni..
Dapat tau pon time aku pi Kursus Kendalian Makanan tadi kat AutoCity..

Syok kot wat bisnes tikus nihttp://www.emocutez.com..
Time kursus tadi diorang cakap ada 3 jenis tikus yg common kita jumpa..
Tikus yang aku maksudkan tak termasuk tikus belanda n tikus komputerla..

Nak mention kan pon aku tak hingat..http://www.emocutez.com
Yang aku ingat tikus yang

(1)dok bawak virus(kencing tikus)

(2)tikuih turi kot yang ska gigit wayar letrik, komputer blablabla...
~~~yang sronoknya kalu tikus ni kena kejutan elektrik, dia xmati. Cuma pengsan sat 3~5 minit then kembali riang spt biasa...http://www.emocutez.com

(3)then yang ni aku tau sebut. Tikus mondok..
~~~kiranya tikus ni la yang paling otai kat negara kita sebab tikus mondok adalah MAMALIA yang berjaya hidup selepas MANUSIA.. Populasinya adalah 2:1 manusia.. Kottt... Sebabnya semua kucing takut ngan bau tikus ni, so tak hairanla ada adegan kejar-mengejar antara tikus ngan kucing..
~~~bukan TOM kejar JERRY, tapi JERRY kejar TOM..http://www.emocutez.com

Daripada isu tikuih ni, aku FLASHBACK balik ISU BISNES TIKUS di AMPANG..

AMPANG JAYA: Penduduk empat kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh memperoleh wang mudah hingga RM240 jika berjaya menangkap 100 ekor tikus dalam kempen yang diadakan selama sebulan bermula Khamis ini.

Tawaran itu dibuat Pasukan Penyelamat Persekitaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee Ying Ha dan MPAJ yang turut menawarkan RM1 bagi setiap seekor tikus yang berjaya ditangkap penduduk Pandan Perdana, Cheras Indah, Maju Jaya dan Taman Kencana.

Jenice berkata, kempen seumpama ini pernah dilakukan MPAJ sebelum ini, namun gagal mencapai matlamat sebenar kempen berkenaan.

“Sebelum ini, MPAJ meminta orang ramai membawa tikus yang ditangkap kepada pihaknya dan peraturan ini menyusahkan orang ramai menyebabkan kempen itu gagal.

“Kini, orang ramai tidak perlu bersusah-payah untuk ke MPAJ kerana mereka boleh menyerahkan tikus yang ditangkap kepada sukarelawan kami di Jalan Perdana Utama iaitu di kawasan lapang di tepi Tenaga Nasional dan berhadapan kedai perabot,” katanya pada sidang media, semalam.



Menurutnya, orang ramai boleh menyerahkan tikus berkenaan pada setiap hari sepanjang kempen itu kecuali Ahad bermula jam 9 hingga 10.30 pagi.

“Penganjur turut menghantar sukarelawan ke taman perumahan terbabit untuk mengutip tikus, khas bagi suri rumah yang tidak mempunyai masa ke tempat kutipan berkenaan,” katanya.

Jenice berkata, MPAJ akan menukar satu sangkar yang bersih kepada orang awam yang membawa sangkar sendiri ke tempat kutipan.

“Kami menggalakkan penyertaan secara berkumpulan dan akan membuat catatan bilangan tikus yang diterima untuk membolehkan orang ramai mendapat ganjaran lebih lumayan berpandukan jumlah kiraan penyerahan tikus secara terkumpul selain menerima RM1 bagi seekor tikus.

“Orang ramai boleh mendapat sehingga RM240 berserta cenderamata sekiranya dapat mengumpul 100 ekor tikus pada akhir kempen ini,” katanya.

Menurutnya, kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak supaya bekerjasama menjaga kebersihan Ampang Jaya.

“Saya berharap sasaran kutipan tikus sebanyak 1,000 ekor sepanjang sebulan kempen ini berlangsung akan tercapai dan menjadikan Ampang Jaya kawasan yang bersih apabila kempen ini berakhir,” katanya.
"KEMPEN DA BERAKHIR"

You Might Also Like

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (35) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (8) trip (7) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (12) wishes (2)